Kening lukis dan roti jala

5/06/2017 06:01:00 PM

JAhad adalah hari kerja. Mau tidak mau retina perlu dikerah beserta otot-otot yang masih dalam mod rehat untuk pantas bekerja cergas menguak pintu rezeki. Lazimnya  kalau di pelukan sibuk kotaraya, kita sedang leka di dasar selimut juga himpitan manja bantal di samping puputan lembut angin dari pendingin hawa, namun di sini nuansanya berbeza.

Norma..biar aku namakan dia begitu sahaja. Berbaju biru langit dengan tudung pucci. Pada dasarnya tanggapanku dia adalah seorang pegawai kerajaan persekutuan yang berkait rapat dengan urusan cikgu-cikgu sekolah sekitar negeri bendang ini.

Norma sendirian namun sepanjang ranjau menuju mi kari dia tidak menang dengan sapaan dari khalayak pelbagai. Di gerai pelbagai yang mengelirukan ini aku temukan satu fenomena yang jarang benar berlaku di tempat-tempat biasa aku limpas dan mampir.

Sekumpulan perempuan yang nampak anggun berjalan perlahan hinggap dari satu ke satu gerai yang pelbagai. Congakanku dari tuntunan warna latar awan dan lukisan perwatakan sekitar menunjukkan saat ni adalah menghampir ke waktu dhuha yang pertengahan. Namun kumpulan ini masih gemar legarnya di ruang berbau makanan dan nikotin tu. Ralatnya adalah pada persalinan yang sama rona menggambarkan empat kakitangan awam sedang keliar mencari juadah minum pagi sedang mentari meninggi.

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images