..janji yang PASTI....

1/10/2010 11:11:00 AM

bila izrail datang memanggil
jasad terkubur dipembaringan
seluruh tubuh akan menggigil
sekujur badan nan kedinginan

Akhir-akhir ni...aku banyak meluangkan masa di PPUM menziarahi adinda temanku yang ditimpa penyakit...penyakit yang ditakuti...penyakit yang digeruni makhluk bernyawa bernama manusia...langkahku menuju ke tingkat 7-katil no 40 itu..diiringi dengan pelbagai perasaan...aku pn dh lama tak ke hospital smnjak pmergian arwah nenda ku thun 2002 yang lalu..aku lihat pelbagai mimik wajah..yang seolah-olah menceritakan sesuatu pada diriku...umpama sebuah mesej yang hanya dapat dibaca dengan matafikir yang tajam...aku turut menyaksikan bagaimana katil-katil ditolak melalui lorong-lorong berliku dibalik dinding-dinding hospital ini...ada yang tua...ada yang pertengahan...ada yang kanak-kanak...dan tidak kurang...bayi-bayi yang diletakkan dalam inkubator berbekalkan cahaya ungu...langkahku terhenti sebaik tiba dihadapan katil 40...berbaju hijau...M. SYAHIR...nama yang tertulis pada katilnya...Syahir merupakan adik kepada 2 rakan sekelasku...ak rasa syahir pun dh macam adik aku sndri...dalam kesejukan wad..disamping bau ubat-ubatan...aku melihat keliling katil syahir...ada 3 orang yang agak berumur...mungkin dalam 50-60an agaknya..ku lihat satu demi satu wajah dan gerak mereka...aku beranikan diri memulakan bicara dengan seorang pakcik sebelah katil syahir...ternyata dia turut menghidap penyakit serupa syahir...barah...kegusaran jelas kulihat dibalik kedutan dahi serta tutur nya...aku hanya mampu menenangkannya dengan bercerita topik lain yang mungkin boleh mengalih perhatiannya dari penyakit yang ia alami...sebentar kemudian...aku mula menghampiri katil berhadapan syahir...ada seorang aunty dan seorang lelaki tionghua terbaring di atas katil...sejuk...katanya sambil tersenyum...aku balas senyuman itu lalu memulakan bicara..kasihan...itu satu-satunya perkataan yang timbul dalam benak hatiku memandang keadaan uncle yang terbaring...aku sempat berbual berhubung keadaan penyakitnya...banyak...dan bermacam-macam...sebentar kemudian...tiba seorang lagi pesakit yang rasanya baru lepas menjalani pembedahan..wajahnya sugul...tak bermaya...
Petang tadi...aku kembali ke PPUM...dan syahir telahpun berpindah ke katil 50...aku sempat melambaikan tangan pada pak cik Sha'rani yang baru ku kenali tatkala melimpasi ruang wad nya...senyuman manis terukir diwajahnya tanda kemesraan yang mulai terbibit setelah perbualan kami tempoh hari..sampai di katil 50...terdapat mama syahir disampingnya...dan kami mulai berbual dengan rancak..al-maklumlah..ada gg skali..namun satu perkara telah menyentuh hatiku..apabila mama syahir mengatakan bahawa uncle dihadapan katil syahir 2 hari lepas telah meninggal dunia....aku tersentak...aku xsangka..orang yang berbual dengan ku..telah pergi...masih terngiang-ngiang lagi perbualan ku di wad berkenaan dengannya...dan dia telah pergi...

Firman Allah:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"

Sedetik gemuruh hadir melalui rongga-rongga tubuhku bila teringat ayat ini...Janji yang PASTI...tidak akan ada seorang pun yang mampu lolos dari sakaratulmaut..Mungkin hari ini, esok.lusa atau mungkin sebentar sahaja lagi akan tiba giliran ku...Ya ALLAH..ampunkanlah segala dosa2ku..kembalikanlah daku padaMu dalam husnul khatimah......Aku mendoakan agar Syahir, Pak cik Sha'rani dan semua pesakit-pesakit di PPUM serta pesakit-pesakit yang ada di dunia agar kembali sembuh seperti sediakala...Ameen...

0356am

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images