Rummit

10/01/2015 12:30:00 AM

"14 orang termasuk seorang pegawai kanan kerajaan merupakan salah seorang mangsa insiden penculikan di Kubang Rimau dekat pelabuhan Moxie pagi ini tadi. Sepasukan polis dari unit anti keganasan, D-7 dan K-9 turut digegaskan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan." suara kotak 14 inci itu mulai tenggelam dengan cakap-cakap manusia dan pekikan kaca-kaca seramik dengan meja dari kayu Nyatuh yang saling berlaga.

Sudah dekat tiga minggu, matahari disembunyikan tirai jerebu yang mengisi tiang ruang kecil besar kota raksasa juga perkampungan kerdil orang asli di pulau banding menjadikan masyarakat majmuk dan rakyat marhaen negara Marba seperti makhluk asing dari planet jiran. Bahkan mereka (makhluk asing dari negara jiran) pun tidak seperti itu. Yang pelik tentang jerebu kali ni kalau mahu dibandingkan dengan siri-siri jerebu yang sudah boleh dikira sebagai acara tahunan negara Marba adalah asap jerebu kali ni tidak putih seperti jerebu biasa, tetapi merah.

Negara Marba merubakan sebuah negara baharu yang dibina bersebelahan dengan negara Caca. Ya, ini memang negara binaan. Dulu masa negara Caca sedang rancak berkembang, presiden negaranya, Embun Maembong telah hilang untuk satu masa yang lama dan akhirnya ditemui mati dibunuh dan disula oleh puak Merekayasa yang rata-rata merupakan penghuni kawasan pengunungan selatan negara Caca.

Marba merupakan nama yang diambil dari nama seorang aktivitis pembebasan beruk sebagai haiwan uji kaji makmal yang masyhur lewat 70-an, Sahasama Marba. Terkenalnya Sahasama Marba bukan kepalang kalau setakat planet Paradigma ini nama beliau sudah rata terpampang pada wajah-wajah akhbar juga paparan pada lantai air kota. Negara yang dibina atas runtuhan kota Sodom yang ditimbus dengan tanah dari tulang tunjang banjaran Titiwangsa ini adalah negara baharu yang baru selesai pembinaannya dengan rasminya pintu langit setinggi lapan kali Perlis hujung ke hujung.

Di sebuah bilik dalam sebuah blok panjang dibina dari bijih besi khas dari perut planet jiran, sebuah kipas siling berpusing bising putarnya berkeriang keriut seperti pintu yang dikepak berulang di titik tengah di atas dua kepala yang lebih kurang sama saiznya. Cuma mungkin sebab warna kulit yang dipalit parut masa menjadikan Marawie tampak kedepan sedikit usianya berbanding Limpattwow, seorang anak muda berbangsa yang sinonim terkenal sebagai pedagang dari seberang tambak.

Jerebu merah di luar tingkap tingkat 515 bangunan itu kelihatan semakin memekat dengan sekali sekala kabus perlahan mengetuk tingkap kaca semi-silikon bilik mereka dengan taburan butir-butir halus hablur kabus yang mengeras merah akibat cantuman sebati partikel-pertikel asap jerebu.

"You rasa, kenapa jerebu tahun ini merah ah?"
"Mana I tau, tahun lepas kuning, tahun sudah putih, tahun ni merah pulak" dengus Marawie perlahan dalam matanya masih melekat pada paparan skrin 300 inci 360 darjah memenuhi ruang bundar bilik itu.

Perbualan itu mati di situ.

"Kau tengok berita tak tadi?"
"Ada, kau rasa betul ke dia?"
"Siapa lagi duduk dekat Kementerian Pelupusan Tinja kalau bukan dia?"
"Takkanlah, baru semalam aku nampak dia elok ja jalan-jalan dengan earphone kat tasik Sanggrang. Mustahil lah!". Sedang jemarinya galak menari pada papan kekunci telefon,

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images