omar?
10/17/2015 07:02:00 PMperang dengan soldadu jerebu dari republik seberang masih belum sampai ke titik hujungya. Di sebelah kita, ramai sudah mulai merasa bahananya. Bibit-bibit penyakit kronik seperti paru-paru basah, tuberculosis, lemah jantung juga sawan babi mulai menyelinap ke dalam kubu tubuh yang terpagar dari antibodi yang berkawal. Bukan lagi haruman kenanga yang masuk mula-mula ke dalam rongga saat jendela pagi-pagi kita buka. Tetapi monoksida, karbon dan 13 gas-gas yang berpotensi menjadi gas beracun yang menerpa memberikan salam pagi pada hidung yang menghidu.
Langit biru sudah hampir sebulan tidak kelihatan. Mentari tidak lagi menyinar kuning terang bahkan seperti jingga suram menyerlahkan bentuknya yang togel tanpa sinar yang gah megah. Sebulan jugalah masyarakat kita berhenti dari melakukan aktiviti-aktiviti sihat menghapuskan mendapan pada arteri, melancarkan perjalanan usus dan tidak kurang yang mempersasa otot yang sendu dilitup selulit. Serentak itu jugalah kita masyarakat kita menambahkan berat dengan penurunan mendadak metabolisme dan meningkatnya pengambilan kalori berkadar hari.
Omar (bukan nama sebenar) telah berada dalam batalion ini sejak hari pertama lagi. Dengan jisim tubuh yang agak sado (dengan izin) dia menajalani hari-hari yang amat perlahan di sini dengan tabah dan sabar.
0 org cakap blakang