TEMASEK #2

9/05/2015 09:36:00 AM

dulu aku pernah bercerita tentang temasek..
kau klik di sini TEMASEK..berangan merupakan satu benda yang selalu aku buat saat otak belum produktif dan kekadang acap kali juga perbuatan ini aku lakukan tanpa sedar detik kemasukan lembaga yang sinonim dengan mikrofon dan juga ruang yang sejuk sambil pada tangannya alat tulis yang menerbitkan ilmu lalu dicakar pada paparan putih..orang di negara yang menggunakan matawang pengawal dunia selalu sebut..'white board'..

kumpulan bangunan bergabung tercatum dari susunan anak-anak tangga yang mencanak adalah gambaran hidup tiap-tiap satu dari seratus empat puluh enam yang tinggal di sini setelah yang lainnya mengangkat sauh kelana ke negeri sang badak sumatra..

dan dari cebisan besar itu kita dipecah dan dipecah-pecah..sampai kita jadi payah untuk kembali satu..pada fikrah..pada usaha...pada cara..pada hampir tiap dari acara...
dalam kumpulan kerdil itu ada aku..
aku yang mendongak pada langit yang luas...langit peluang..ruang biru luas namun penuh dengan awan-awan risiko yang sekali-sekali didatangi petir syakwasangka..susah? kalau nak dikatakan susah..yang paling susah adalah merajinkan diri bangkit dari tilam empuk di sini..nampak mudah bukan?tapi inilah hakikat..kau nak bangunkan sekumpulan manusia bukan macam kau nak bina longkang...kenapa longkang?bina longkang walaupun nampak payah tapi akhirnya kau boleh uji keberhasilan longkang itu bukan...kau alirkan air....dan selagi air mengalir tanpa sekatan atau takungan..maka longkang kau adalah longkang yang berfungsi elok.

ada dekat sini aku percaya adalah aturan Dia untuk aku..amanah...itu perkara no.1..kau kalau datang setakat nak berseronok..habiskan masa berfoya-foya bergembira...kau sudah memperkosa amanah Dia kepada kau...dan kalau pada hemah akal manusia yang terbatas..perbuatan memperkosa adalah satu ekspresi jijik dalam kamus moral...jelek...kau cuba sebut perkataan ini...nilainya adalah hampir setara dengan haiwan haram tak berdosa bertaring tajam dalam hutan simpan negara kita yang aman..(semoga aman..fi re'ayatillah)..

lawan bagi kata amanah itu adalah khianat..maka kau kalau tak amanah..kau fikirlah sendiri...

tidak mahu bercakap tentang 'latihan'..aku pilih bercakap tentang manusia...manusia-manusia yang pelbagai warna..dalam sebuah lukisan yang lawa..apa kau fikir semua warna yang dia guna tu cantik?warna terang...merah jingga?atau warna indah hijau biru?untuk kau jelmakan sebuah masterpiece yang unggul memerlukan kau untuk memeras otak dengan manipulasi warna...penggunaan otak dalam menjana imej yang kemudiannya dicatankan pada wajah putih medium yang kau gunakan untuk melukis...salah satu dari kesukaan aku adalah mewarna..sebab aku suka pada garapan warna yang mencetuskan rasa saat minda menghantar isyarat kepada tangan cetus kreativiti..

pening kan?

untuk menghasilkan sebuah lukisan dengan warna cemerlang perlu kepada seorang pelukis yang bukan sekadar cerdik bahkan bijak dan ahli dalam bidangnya...pesan Maha Pemilik pada aku, kau, dia, mereka dan kalian..."bertanyalah kamu pada golongan yang mengetahui (ahli dalam bidangnya) jika kamu tidak mengetahui".

lukisan itu adalah takdir...yang terdiri dari garis-garis hidup...ya...garis hidup aku, kau, dia..mereka dan kalian....yang Dia (sang pelukis) cantumkan menjadi sebuah potret, sebuah kisah...sekeping anekdot...segugus puisi..atau apa saja...yang kemudiannya Dia warnakan dengan pelbagai warna...warna adalah emosi...yang mendatangkan seronok..sedih..marah..geram..lucu..rasa nak maki orang..rasa nak mengata orang...dan lain-lain yang sama waktu..garis-garis itu lalu dicantumkan pada titik-titik tertentu..saat kita berjumpa dan bertemu...dan di sinilah takdirnya kita ditemukan dalam sebuah lukisan yang Dialah Satu tiada tara yang maklum akan warna...garis..bahkan titik-titik cantuman lainnya...sampai masa kita semua selesai laluinya..

dan pada masa itu...yakinlah...bahawa aku, kau, dia, mereka dan kalian sudah tidak lagi wujud dalam tempat yang bernama alam ini..

ok...aku tadi cuma nak cerita pasal temasek....ya negara yang dulunya negeri..aku sempat singgah ke negara kerdil ini sedikit masa sebelum menapak dalam tahun penuh fitnah, kancah dan mehnah ini..satu kembara yang aku jangka membuahkan ceria...tapi akhirannya hampa..

walaupun tanpa DSLR, aku sempat tengok bagaimana sebuah negara yang maju..unggul membuli rakan-rakan negara berkapasiti penduduk dan ruang tanah juga peluang yang tidak tereksploitasi...syabas...

tidak memilih untuk bercerita tentang apa yang berlaku saat pamitan itu...aku doakan sejahtera selamanya untuk kau..dan kita saat ini pada jalan yang berbeza...

dan angan-angan tentang temasek itu akan kekal selamanya angan-angan beterbangan berkawan dedaunan gugur di musim luruh sebuah desa hilir Fukuyama..







You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images