- 12/25/2011 08:21:00 AM
- 0 Comments
jiran sebelah rumah salam di flat DBKL namanya saidon, saidon seorang pengumpul setem amatur lagi terkemuka seluruh Asia. beliau terkenal dengan koleksi setem nya yang diberi jolokan sejuta warna setem, saidon dikenali semua masyarakat sekeliling flat DBKL dan kawasan sekelilingnya sebagai don setem. Saidon bersekolah di sekolah jenis kebangsaan tamil samy vellu (mengambil nama bekas menteri kerja raya yang penuh kontroversi lewat 90an). disebabkan majoriti penduduk di kawasan flat berkenaan, dengan desakan dari ahli parlimen yang merupakan balaci MIC, maka dapatlah sebuah sekolah tamil. Saidon seorang yang rajin di sekolahnya, biarpun hanya seorang berkulit cerah sedikit, beliau berjaya menduduki tangga teratas ranking kelas beliau setiap kali periksa menjelma. maka , dengan penuh banggalah ayah beliau, encik paiman datang bersama ibu beliau, puan seroja mengambil buku laporan tahunan beliau.
Kecemerlangan saidon berkekalan sehingga beliau masuk sekolah sukan bukit harimau, saidon tidak pandai bersukan tetapi beliau tidak beralah, jadi saidon pun mula lah berjinak-jinak dengan bidang lakonan.dalam kelab drama sekolah sukan bukit harimau, semua anggotanya adalah perempuan kerana ia baru sahaja ditubuhkan, jadi semua anggotanya terdiri dari atlet-atlet wanita yang mengalami kecederaan jangka panjang. bergelumanglah saidon dengan perempuan-perempuan berkenaan sehingga secara tidak disedari hormon-hormon testosteron dalam dirinya mulai beralah dengan progesteron, maka terdoronglah saidon menjadi pengasas golongan mak nyah di sekolah berkenaan. hari demi hari, seiring dengan kejayaan kelab drama sekolah sukan bukit harimau menjuarai pertandingan-pertandingan drama, satu demi satu piala dibawa pulang mengisi bilik kelab drama sekolah sehinggakan pihak sekolah telah menjadikan bilik kelab drama sebagai galeri piala bagi sekolah tersebut. pertandingan menemukan saidon dengan pelbagai jenis mak nyah dari galeksi lain, yang lambat laun menyebabkan beliau menjadi becok seperti mereka. saidon yang dahulunya johan berzanji peringkat flat-flat DBKL kini sudah menjadi mak nyah terkenal di kawasannya.
walaupun sibuk dengan kegiatan dramanya, saidon tidak meninggalkan pelajarannya, saidon kekal no 1 hingga selesai SPM. beliau telah mendapat pujian dari pelbagai pihak termasuklah dari Ketua Ranting PKR, Imam masjid, dan juga persatuan India Muslim kawasannya.
namun begitu, disebalik kejayaannya yang cemerlang, beliau tidak menyedari perangai mulut becoknya tidak disukai ramai yang ada disekelilingnya. ya benar, ramai bercerita tentang kejayaan saidon dalam SPM dan kelab dramanya. ya benar juga ramai berkata sumbang berhubung perangai buruknya.
Saidon sememangnya disayangi ramai, kepowerannya berdrama menjadikan hidupnya didampingi ramai orang yang ingin berkongsi kepopuleran dan kepowerannya. saidon makin lama makin terbuai dengan kesenangan yang dinikmatinya.
aku dah ngantuk time ni..kne tunggu mimpi mlmni baru dapat sambung cerita saidon ni esok.

- 12/01/2011 09:15:00 AM
- 0 Comments