raya dan kita
8/14/2012 09:20:00 PMhari raya dah dekat..ramai dah mula bercakap-cakap tentang baju raya, perabot baru, dan tidak kurang yang bercakap tentang harga rokok yang bakal naik lagi..budak-budak seperti biasa berkomplot melanggar rumah orang kaya-kaya berkereta mercedes berhenbeg prada sebagai mangsa meragut duit raya..yang muda remaja mulalah sibuk berkenduri walimah almaklumlah sebulan berpuasa, kalau buat kenduri time puasa nanti dikata lokek..melayu..melayu
raya tahun ni aku balik..mungkin selama-lamanya balik terus diam di negeri kaya rakyat derita...negeri banyak buaya..buaya laut, buaya air tawar termasuklah buaya darat..negeri yang melahirkan penerjun papan anjal negara...bendera 3 warna..hahaha..
tak banyak beza macam aku mula-mula tinggalkan negeri ini dahulu, nyata arus moden sudah mula mengisi liang-liang kemunduran menekan rakyat untuk terus berusaha keras mengenyangkan perut yang di atas sana..duduk tersenyum di papan-papan iklan gergasi pinggir lebuh raya sambil memegang kerusi kayu jati hasil kekayaan hasil buminya..
raya kali ini kotak berhantu seperti biasa menjalankan tugas dengan arahan orang-orang atas...menghidang jenaka, cerita, drama racun perosak minda anak muda..filem mengarut bikin mentaliti karut...mungkin ini kita mahu...generasi baru mentaliti zaman batu..bagi aku tidak salah menayang filem-filem bongok kalau ya pun mahu berseronok..tapi ada baik kalau diisi juga dengan filem bongok yang bermesej positif..yang tidak berbahasa picisan, dan bukan sekadar cerita yang boleh dijaja mulut ke mulut..mungkin boleh ditanyangkan filem-filem kartun animasi tempatan yang mulai mencanak naik popularitinya saban hari atau filem negara luar yang punya isi untuk diselami...bukan kah itu lebih elok?
penafian: segala tulisan di atas bukanlah tulisan cerdik pandai atau mahu memandai mandai. tidak berniat menggores dan menang hati-hati yang membaca.tiada kena mengena dengan tauke dewan badminton stapok ataupun makcik gerai pakapow di kotaraya..ini hanya cerita, cerita terbit dari benak fikir anak muda. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
1 org cakap blakang
betul2...
ReplyDeletebagi la cerita yg bermanfaat dan bg mesej yg baik..
selamat hari raya,,