lari

2/18/2013 05:39:00 PM

kata awang sariyan "blog yang tak dikemaskini lebih 3 hari akan buat pembacanya lari"
ini buat aku rasa mahu menulis setiap 3 hari paling kurang buat isi blog hitam yang kian mengurus semakin hari.
seperti mahu menulis puisi, atau sedikit coret-coret ilham yang terlahir limpas di kotak minda yang kian berhabuk..ya habuk..habuk kotoran zaman..

LARI

selaju deru angin
atau kuda perang
atau burung besi berenjin Rolls Royce
atau juara olimpik dunia 2 kali

jauh langkah
cari erti hidup
adakala letih berhenti
minum dari mata air insaf
sesekali mencicip bekal ilmu
langkah dipacu lagi
gapai gerbang keredhaan

Kota Samarahan
190213

lari..aku ingat lagi pesan beliau yang senyumannya tidak pernah jauh dari mindaku yang ligat berputar tiap detik yang sarat dengan kenangan..kerana itu aku akan terus lari...dan lari sampai masanya tujuh puluh lima..

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images