- 3/30/2013 06:13:00 PM
- 0 Comments
tadi saat menggelepar dalam laman sosial alam maya..aku terserempak satu cerita..kejayaan buat rakan sekomplot aku....beliau atau lebih tepat aku katakan mereka..telah berjaya mendapat beberapa anugerah dalam Pertandingan Majlis Tilawan Al-Quran MAKUM di UTM Skudai mutakhir ini...sahabat dari team goresan seni..aku doakan anda terus menjadi tiang industri seni khat tanah air...
Anugerah Khas Juri Pertandingan Seni Khat
ZULFIKAR BIN AMAN
Johan Pertandingan Seni Khat
MOHD FAWWAZ BIN ALIDDIN
- 3/11/2013 01:23:00 AM
- 2 Comments
bagi aku hidup ini tak kurang macam tempat lepak..walaupun ramai ahli bahasa baik ahli falsafah, ahli kaji bumi, ahli astronomi termasuk juga ahli gusti profesional WCW dan ahlil nujum negara sudahpun memberi bermacam tafsiran atau kata nama khas buat 'hidup'..aku peduli apa...kalau anda tidak suka...dengan segala hormatnya aku persilakan anda pergi mampus..haha...
kenapa aku kata hidup ni tempat lepak?sebab aku, kau, dia, mereka, datuk aku, datuk kau juga tok-tok wan kita semua sejak azali lagi pernah melepak..paling lama pun kalau nasib-nasib mujurlah terjumpa sorang dua yang boleh lepak sikit lama..dapat masa xtra..kah3..
betul kan?tak caya try tanya siapa boleh lepak lama atas port yang namanya dunia ni?memang seronok..tapi...faham-faham sendirilah...nanti aku tulis kau kata aku tulis tak ingat dunia...tak pasal-pasal 1 Mesia baca blog aku..hahahah
berhenti cerita pasal lepak..dalam depresi otak aku kurang mampu untuk menerbitkan diksi-diksi power yang selayaknya aku hidang untuk anda-anda yang mampir lalu walau tanpa undang jemput membacanya...
10 Mac...tarikhnya..tarikh istimewa..dalam 1 tahun dahulu..mungkin sebelum ada cinta antara 2 insan selayaknya selamanya jadi teristimewa dalam hayat pendek aku..mungkin juga saat Mahathir mula naik jadi menteri perdana..kalau mahu lagi lama..mungkin masa tok uban mulai jadi taukeh negeri terkaya..kah kah kah
selamat hari lahir buat anda..anda yang lahir pada hari istimewa..anda yang aku kagumi..semoga anda bakal mengisi ruang manusia-manusia yang istimewa sepanjang aku melepak atas dunia ini...
Selamat hari lahir
tiba detik tangis pertama menembusi ruang buana jin dan manusia
saat bisik herdik mulai menerobos deria polos
bila jasad kerdil disambut lembut tangan mulus sarat cinta kudus
tika kata-kata afdhal hadir menusuk rongga
bahagia..
alam segenapnya menyambut lahirmu
dengan kuntum-kuntum senyum suria
lembut membuai mu dengan belai mesra
syukur
hari usiamu genap
berlalu segala awan gelap derita
pergi jauh sengketa duka sengsara
padamlah api serakah benci..dengki
surutlah banjir sedih yang pedih
hilanglah taufan dendam
hadirlah pelangi ceria gembira
datanglah khabar riang
moga hari-hari barumu terisi
manis perkenalan
aroma harum bunga kebahagiaan
selamat hari lahir anda
Kpg Boyan
10 Mac 2013

- 3/10/2013 07:03:00 AM
- 0 Comments