kenapa

11/11/2013 10:40:00 PM

seperti hari-hari yang biasa..aku melalui denai takdir tuhan dengan langkah yang sedikit terhincut mungkin kerana emosi yang sedikit terbawa-bawa dengan berubahnya iklim dalam jiwa...hujan pagi terbukti telah membantu dalam menjayakan misi penduduk daerah gelap melalaikan aku dari melaksanakan amanah tepat waktu..

dalam pagi yang sedikit suam walau dalam renyai hujan yang suram..aku seperti biasa bangkit bingkas menerkam gajet yang semua orang seusia aku atau mungkin jauh lebih muda dari aku miliki...ya telefon bimbit berjenama nokia..walaupun telefon bimbit ini sudah hampir sedekad umurnya, namun ia masih belum lelah menyemai bakti mengejutkan aku dari mati sementara..

kenapa?kenapa pagi ini?mungkin kerana keterlewatan proses merehatkan otak disebabkan semalam yang panjang...menjelmakan imej yang pelik dalam ruang mimpi aku...kenapa?kenapa mesti sekarang?kenapa mesti hari ini?

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images