Biru..itu warna langit yang memenuhi ruang tingkap bujur syarikat penerbangan tambang murah nombor satu tanah air yang bakal memanjangkan langkah kecil aku ke kota kebanggaan baik marhaen juga konglomerat pemegang perusahaan besar bandar metro yang jalanannya berhias neon terang melingkari tiap jaringan lebuhraya, kota penuh angan-angan, kota impian juga segala jenis kota yang boleh aku sebut.
"Cabin crew please be seated for landing" kedengaran suara sang juruterbang ringkad membuatkan hati aku semakin giat meloncat-loncat mahu lekas sampai ke tanah meski sepanjang di awangan tadi otak ku gemar memainkan imej-imej juga bayangan-bayangan kejadian yang menimpa 2 burung besi merah nila warisan negara.