- 8/19/2013 07:40:00 PM
- 0 Comments
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah kerdil tempatnya nun di hujung atlas kemanusiaan
Tempat bertanya riang mergastua pada sang raja
Cambah ilmu terangi gelita
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah damai pengunjungnya ramai tidak bertepi
Surut pasang kembali
Rantau pengkarya nukil ilham seni
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah yang meriah mekar harum dalam jambangan indah
Yang selama ini aku rindui
Moga dipertemukan kembali
Andai mendapat perkenan yang maha tinggi
Telaga Air
25 Julai 2013
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah kerdil tempatnya nun di hujung atlas kemanusiaan
Tempat bertanya riang mergastua pada sang raja
Cambah ilmu terangi gelita
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah damai pengunjungnya ramai tidak bertepi
Surut pasang kembali
Rantau pengkarya nukil ilham seni
Sudah lama aku tinggalkan daerah ini..
Daerah yang meriah mekar harum dalam jambangan indah
Yang selama ini aku rindui
Moga dipertemukan kembali
Andai mendapat perkenan yang maha tinggi
Telaga Air
25 Julai 2013
- 7/25/2013 02:13:00 AM
- 0 Comments
Mahrajan Ramadan
malam pertama nuansanya riuh gemuruh
lebih sibuk dari hiruk pikuk ibu kota yang baru dicantas pucuk
meriah bagai pesta
terang baju berwarna ceria
rumah sunyi kembali gembira
kampung kecil tepi pantai tempat dahulunya ramai
anak-anak berlari mengejar badai
di kampung ini orangnya tidak banyak
lebih sedikit dari bilangan pondok-pondok tinggal usang
di ramadan pertama bersua semula
teman lama
meski disini rasanya tak serupa di kota
banjir masjidnya dengan manusia berlimpah ke tangga
tetap terasa limpah rahmatnya
kampung terombol
15 Julai 2013
malam pertama nuansanya riuh gemuruh
lebih sibuk dari hiruk pikuk ibu kota yang baru dicantas pucuk
meriah bagai pesta
terang baju berwarna ceria
rumah sunyi kembali gembira
kampung kecil tepi pantai tempat dahulunya ramai
anak-anak berlari mengejar badai
di kampung ini orangnya tidak banyak
lebih sedikit dari bilangan pondok-pondok tinggal usang
di ramadan pertama bersua semula
teman lama
meski disini rasanya tak serupa di kota
banjir masjidnya dengan manusia berlimpah ke tangga
tetap terasa limpah rahmatnya
kampung terombol
15 Julai 2013
- 7/16/2013 12:11:00 AM
- 0 Comments
pindah
Nanti..satu hari, kamu, aku, mereka dan dia akan berpindah. Lambat cepat ikut turn yang sudah di set khusus buat setiap satu dari kita. Pindah ke satu daerah yang penduduknya sentiasa bertambah, dari tempat indah yang mana kita sekadar singgah...apa aku tulis ni?
Pindah..pindah dari satu tempat ke satu tempat atau dalam kes aku...pindah dari satu kerja ke satu kerja yang aku harap lagi elok (mudah-mudahan)..
- 6/15/2013 07:32:00 AM
- 0 Comments
seriesaku tak tau berapa lama lagi aku kena sabar..ya Allah nipis jugak iman aku kalau diuji bab2 macam ni..jauh skali kalau nak beza dengan Nabi Ayub a.s...
ya Allah kuatkankanlah aku..ameen
ya Allah kuatkankanlah aku..ameen
- 6/06/2013 08:32:00 AM
- 0 Comments
dalam perjalanan aku mencari kudap-kudap petang kejap tadi..sempat aku nampak
1.budak2 meng'wheelie' basikal sambil buat muka bangga lalu depan aku...mungkin dia ingat aku ni jurulatih motoGP kot...
2.backhoe kuning duduk tepi jalan..biasalah..musim2 hujan galak turun sekarang..rajinlah segala bos2 JKR & Majlis Daerah setelah diberus oleh tangan2 ghaib..mengorek parit..takut banjir..
3.makwe2 atau lebih tepat aku sebut ibu muda baru lepas pantang..berlenggang tunjuk perot da kempis...kesan menggunakan produk kesihatan keluaran kak ton barangkali..
lalu apam balik yg aku tempah pun siap...selesailah kembara petang aku di pekan kerdil..tanjung bundong,kota samarahan...
1.budak2 meng'wheelie' basikal sambil buat muka bangga lalu depan aku...mungkin dia ingat aku ni jurulatih motoGP kot...
2.backhoe kuning duduk tepi jalan..biasalah..musim2 hujan galak turun sekarang..rajinlah segala bos2 JKR & Majlis Daerah setelah diberus oleh tangan2 ghaib..mengorek parit..takut banjir..
3.makwe2 atau lebih tepat aku sebut ibu muda baru lepas pantang..berlenggang tunjuk perot da kempis...kesan menggunakan produk kesihatan keluaran kak ton barangkali..
lalu apam balik yg aku tempah pun siap...selesailah kembara petang aku di pekan kerdil..tanjung bundong,kota samarahan...
- 5/17/2013 01:18:00 AM
- 0 Comments
kadang-kadang
kadang-kadang aku rasa seronok
kadang-kadang aku rasa bahagia
kadang-kadang aku rasa sedih
kadang-kadang aku rasa benci
kadang-kadang aku rasa cemburu
kadang-kadang aku rasa kecewa...
kadang-kadang aku rasa dunia tidak lagi mahu berkawan dengan aku
kadang-kadang aku rasa dunia ini milik aku seluruhnya
kadang-kadang aku rasa sunyi
kadang-kadang aku rasa hiba
kadang-kadang aku rasa kusut
kadang-kadang aku rasa serabut
kadang-kadang aku rasa kusut
kadang-kadang aku rasa serabut
kadang-kadang aku rasa dikhianati
kadang-kadang aku rasa macam nak mati
kadang-kadang aku rasa macam nak mati
semua kadang-kadang
kalaulah esok ada lagi kadang-kadang
sudah tentu aku akan terus mengomel sendiri
sampai hari aku dijemput kembali
Arbi Suhadat
130513
- 5/12/2013 06:35:00 PM
- 0 Comments
pilihanraya tu tempat orang sibuk nak mengangkat diri. promosi percuma di mana-mana. angkat diri sendiri. sama ja waima yang berkuasa, yang mahukan kuasa serta tidak kurang yang sekadar mahu try power kalau2 dapat pegang kuasa.
5 tahun sekali, kalau tanam sawit dah boleh dapat hasil, kalau tanam getah dah boleh toreh, kalau buat anak, dah nak masuk tadika pun. kat tempat aku kali ni pilihanraya tak macam biasa. kalau dulu, jalan2 di sini selalunya kosong, kalau ada pun 1-2 bendera biru sesat tersangkut di palang-palang divider jalan. itu pun kalau-kalau.
semoga pilihanraya kali ini aman.
- 5/04/2013 05:19:00 AM
- 0 Comments
Biar Masa Bercerita
masa itu adil..tidak lewat mahupun cepat walau sedetik
masa mendewasakan..meremajakan mata fikir
akal budi makhluk hasil seni
ekspresi karya yang punya semesta
benar..ternyata menimbulkan lautan putih atas satu kolek hitam itu payah
acap kali muncul dalam tiap-tiap senyuman yang mulai menguntum membajai rasa bahagia dalam dada
melukis warna-warna terang ceria pada dinding kelam hati yang mula memudar dikikis guruh ribut gundah..
memadam segala impi..menutup sekian cerita
membakar sekam dengki yang bersarang dalam qalbu paling dasar
marak api menjulang tinggi ego emosi
mati.
***
biar masa bercerita
lantang atau bisiknya kita tunggu
hidup bukan pertandingan
tempat cari siapa pemenang
bukan gelanggang tempat berlumbaa
tengok siapa sampai dahulu
kamu atau aku
***
pasakkan cerucuk iman dalam kelongsong hati kosong
ajarkan sabar pada minda penuh onar
sirami bara dendam dengan air ketenangan
moga dipermudahkan kehidupan
Arbi Suhadat
Hari Pekerja
Kota Samarahan
- 4/30/2013 11:00:00 AM
- 1 Comments
rasa...ya pelbagai rasa mulai menerjah ke lubuk minda aku akhir-akhir ini..rasa yang berkait rapat dengan pembawaan emosi..Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati...Kau tetapkanlah hatiku ini dalam setiap keputusanku...Allahumma Ameen... (T_T)
- 4/25/2013 07:18:00 AM
- 0 Comments
risau gusar terpancar
pada wajah hambah penuh resah
jiwa banjir gelisah
aku nampak pada tutur bahasa tubuhnya
dia sedang menanggung derita
derita yang tidak bisa dia kongsi
pada hijau daun
pada tanah merah
hanya pada angin lalu dia siulkan ceritanya
hanya pada angin lalu
berhenti risau
tenang jiwa
kuntum bunga senyum
usap air mata sengsara
ini ujiannya
luaskan visi
lebar indera
teguh citra
bersabar wahai hati
syurga menanti
kota samarahan
200413
pada wajah hambah penuh resah
jiwa banjir gelisah
aku nampak pada tutur bahasa tubuhnya
dia sedang menanggung derita
derita yang tidak bisa dia kongsi
pada hijau daun
pada tanah merah
hanya pada angin lalu dia siulkan ceritanya
hanya pada angin lalu
berhenti risau
tenang jiwa
kuntum bunga senyum
usap air mata sengsara
ini ujiannya
luaskan visi
lebar indera
teguh citra
bersabar wahai hati
syurga menanti
kota samarahan
200413
- 4/20/2013 07:15:00 AM
- 0 Comments
koreksi
wahai pemilik singgahsana dunia
syurga alam raya
kau jauhkanlah aku dari dosa silam yang menghantui
ketelanjuran kata yang menikam raga
dari setiap tingkah laku anggota jasadku
pelihakanlah diriku ya tuhan
pemunya segala kuasa
daya dan usaha ku dalam genggamanmu
kau ampunilah segala khilafku
wahai pemilik singgahsana dunia
syurga alam raya
kau jauhkanlah aku dari dosa silam yang menghantui
ketelanjuran kata yang menikam raga
dari setiap tingkah laku anggota jasadku
pelihakanlah diriku ya tuhan
pemunya segala kuasa
daya dan usaha ku dalam genggamanmu
kau ampunilah segala khilafku
- 4/18/2013 07:46:00 AM
- 0 Comments
