Attitude is Altitude!!

4/04/2011 06:03:00 AM

Pagi ini tadi aku berkesempatan melarikan diri sebentar menjenguk ke tapak Karnival Tah@U di KPS...suasana meriah sebegini adalah satu lumrah dalam varsiti ku...ramai peniaga mewarnai pesta memperaga barang jualan termasuklah makanan, pakaian dan juga perkhidmatan..ini bukan kali pertama aku tampil ke keramaian seperti ini..dalam bingit serta terik panas itu...aku ke ATM..hajat di hati ingin berteduh dari bahang yang meragut kecerahan kulit..

Di sudut ATM aku nmpak sebaris kerusi malas disusun dengan ramai orang dikelilingnya...ini mesti ada org mengurut ni...biasalah di Kuala Lumpur..di mana saja org mencari wang..aku perhati teliti...org2 yg mengurut..rata-rata mereka itu buta..Orang Kelainan Upaya atau lebih sinonim dgn singkatan OKU..


Dalam minggu ni..bnyk kali aku bertemu org2 istimewa ini...aku pantang..hatiku cepat runtun bila nmpak mereka berjalan berkawan berpegangan bahu..saling bantu membantu di pasar raya besar hari tu..memilih barangan keperluan harian dengan deria rasa..hidu..

Kebetulan minggu lepas game boling padang kami bertembung dengan kejohanan terbuka OKU Kuala Lumpur..sebelum ni aku hany aberpeluang menyaksikan pakcik2 berkerusi roda hadir membuar balingan serta lorongan di padang hijau lama bukit kiara..namun minggu ini ternyata berbeza...sayu bila melihat abang2 serta kakak2 berkaca mata hitam..ada pakcik tanpa sebelah tangan...ada yg xda kaki...gigih membuat draw..semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan sesiapa..aku tertanya-tanya..kalaulah insan istimewa seperti mereka ni boleh berdikari untuk bersukan dalam terik panas..mengapa tidak aku...aku pelik..ramai rakan2 ku mengambil alasan mudah untuk tidak bersukan...hmm...



Kembali kpd cerita org buta yg mengurut kaki tadi..bayarannya murah..RM10 bagi setiap sesi 15 minit...dan urutannya pun cukup power sampai aku pn tergeliat2..hehehe...ini usaha murni...patut kita sokong...sambil urut kaki boleh beramal...2 2 kita dapat..macam buat promosi plak..


Pernah skali aku lihat satu video pasal sorg laki...lahir tnpa tgn n kaki..NICK VUJICIC..banyak benda dia buat...main bola..berenang..masuk U...terjun payung...slogan nya mudah ATTITUDE is ALTITUDE!!!...

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images