hari ini dan masa depan
10/14/2012 07:55:00 PMaku tulis apa yang aku rasa aku patut tulis..dan aku tidak pernah paksa siapa-siapa mahupun apa-apa makhluk baik hidup atau tidak bernyawa pun membaca apa yang aku tulis..kenapa?
sebabnya aku tulis atas apa yang berlegar atas otak aku, yang sudah pasti bukan dari otak anda, otak dia mahupun otak lembu dutch lady tepi jalan yang tak pernah letih menyusukan anak-anak beliau dengan tekun dan penuh kasih sayang. jadi secara lojik, interpretasi tulisan itu seluruhnya hanya aku, Allah dan orang-orang yang kepadanya aku bacakan dan terangkan tiap-tiap baris tulisan yang aku taip dalam blog bosan ini yang mengerti..ya...ekslusif bukan?
masa depan, kenapa masa depan..masa depan adalah saat selepas ini..ya masa di hadapan...aku tidak tahu apa yang bakal terjadi masa depan..masa depan aku, anda, beliau, mereka, semua itu rahsia..apa yang aku tulis hari ini adalah apa yang anda mungkin baca di masa depan..ya aku cukup pasti, yakin dan percaya tidak ada yang membaca tampalan ini saat ini..semuanya di masa depan..haha..
seperti biasa, hari isnin tiba dengan rusuhan tugas menyerbu, dan dengan minda yang masih tertinggal di rumah mengenangkan nasi lemak enak hasil air tangan mak yang super enak..dan aku, kembali duduk di tempat biasa, melakukan tugas biasa sambil menaip apa yang sedang anda baca..
0 org cakap blakang