jalan
10/22/2012 08:22:00 PMhari ini aku berjalan...berjalan atas garis takdir yang telah digores buat aku,anda,mereka,beliau dan manusia serta alam seluruhnya...dan di atas garis takdir itu tempat letaknya titik...titik-titik yang menemukan..yang memisahkan..yang menggembirakan..yang menyedihkan..dan pelbagai jenis titik yang boleh dan difikirkan patut..
pagi ini dan pagi-pagi sebelum-sebelum ini semenjak duduk di kerusi tempat aku menulis apa yang anda sedang baca ini...aku kerap berjumpa dan beramah mesra dengan titik-titik tersebut...
mati...titik altimet sebuah jalan cerita yang dimulai dengan nikmat...kebahagiaan...keseronokan...
mati...rahsia yang kekal rahsia...
mati...tarikh luput produk yang dinamakan manusia..
pagi ini tadi ada orang mati
matinya perit..pedih
dilanggar hancur
mati segera
dia tidak tahu bila saatnya
kapan tarikhnya
bagaimana penghabisannya
al-fatihah
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan para solehin
bangunantingkattiga
enampuluhlapananaktangga
1125hrs
231012
0 org cakap blakang