kerepak ku
11/05/2012 09:13:00 PMtangan-tangan awan hitam gemalai mulai membelai mengajak aku supaya berhenti serius..serius kah?soalan yang aku rasa cukup subjektif bahkan pakar lulusan universiti terkemuka internasional pun tidak mampu memberi konklusi dengan bukti2 konkrit bagi menjawab persoalan ini..ya lewat2 ini aku serius..serius power!kah kah kah...
tergelincir dari landasan serius membuatkan tangan yang aku agak saiz XL ni (menurut kata pakar kompelin) mulai gatal mahu menggaru papan kekunci yang sentiasa dipandang saban hari...ya, semenjak bertukar status sebagai graduan segar ini aku agak kurang menggunakan papan kekunci...mungkin sedikit..untuk log in..itu sahaja.
dihimpit bosan hujung minggu baru ini aku lari...jauh dari asap2 busuk kotaraya yang aku kira tidaklah maju seperti yang dikhabarkan media berkiblatkan sang lelaki dengan isteri yang mengusahakan penternakan lebah di atas kepala...tapi cukup membuatkan jiwa raga rosak kalau duduk lama2...
bersambung..
lundu...series jauh...2jam setengah duduk di kerusi supir aku rasa sudah cukup membangkitkan perasaan sengal pada tulang belakang dan pungkok...seronok, trip membebaskan jiwa raga dari kebobrokan kerja serta kebaruaan manusia..
Lundu
jauh..
dipelukan banjaran
dikaki gunung gading
dingin hawa gunung
nyaman angin pantai
pekan nelayan kerdil di hujung pulau tertua
dari ikan kecil mendapat nama
rakyat sejahtera selesa
cukup makan sekeluarga
batang kayan punca hidup
rezeki dilimpah maha pemberi
percuma
081112
0905hrs
0 org cakap blakang