jumaat
11/08/2012 11:11:00 PMjumaat. penghulu segala hari..kira dari semua hari-hari yang ada dalam satu minggu dialah ketua...macam dalam cerita pembohong kanak-kanak awal 90-an dahulu..power renjes...ketua dia power renjes yang warna merah...tak silap aku nama mamat tu jason...masa budak-budak...sume yang kelua tibi semua nk ikut...mula lah....berangan nak jadik power renjes biru la..hitam la..hijau la...yang pempuan tak abis-abis nak jadik porenjes pink...hahahaha...turut serta menipu kanak-kanak masa tu termasuklah cybercop..gaban..atromen..mask rider dan tidak dilupakan siri animasi tempatan yang baru menghijau waktu tu..usop sontorian..dan jugak keluang man
sampai hari jumaat maknanya minggu dah sampai ke hujong..ya hari orang mula malas2...bila tanya...'alah...kita buat minggu depan je lah..'. ok, 1130 waktu mencabot berjemaah..yang lelaki mula pakai kopiah dan rempit berbondong-bondong ke mesjid...tak kurang yang singgah refill dulu di kedai makan tengah-tengah jalan nak ke masjid...itu belum kira berapa batang sumber 'tenaga' yang disedut dalam-dalam mencucuk-cucuk sistem badan sambil berkata 'matilah cepat'...tak guna...memang gambar-gambar angker tahap leher kena pancung tidak mendatangkan kesan kepada mat-mat nikotin yang legend dengan selambe membuat huruf O berkepul2 dari asap rokok yang keluar bersama detik-detik hidup ditarik dari tubuh...
itu yang lelaki..yang pempuan macam biasa tunggu geng-geng laki dah masuk tadah telinga sambil tunduk khusyuk memandang karpet masjid yang bertompok-tompok kadang-kadang menganga menunggu mana tahu ada rezeki lalu singgah dalam mulut...barulah keluar bersama pasukan gerakan konspirasi dan propa...mencari port menganyam ketupat...bercerita hal-hal berhubung kain....jual kain, beli kain...hal dalam kain..hal luar kain...ya..semuanya tentang kain....kadang-kadang termasuk juga cerita tentang banjir di dengkil dan johor penyedap cerita bila agak-agak hampir mahu terkantoi....teknik mengkabe zaman firaun yang series dah basi..
jumaat....jumaat itu hari penuh barokah..hari raya bagi setiap minggu..khusus bagi orang-orang yang pada dadanya tertulis kalimah iman...beruntunglah orang-orang yang mengaut fadilat yang disiram atas seluruh umat tiap jumaat...aku tidak salahkan mereka yang di atas atas apa yang dikerjakan saat hari jumaat...mungkin mereka masih lalai dan leka..mungkin mereka tidak tahu di hadapan mereka apa yang menunggu..mungkin mereka dungu..atau mungkin mereka malu....semoga yang Maha Tahu letakkan pada hati-hati mereka perasaan rindu...rindu pada hari jumaat yang barokah itu...siapa tahu di jumaat depan kita tidakkan bertemu..
0 org cakap blakang