masa untuk dijual
12/03/2012 06:43:00 AMmasa pada tafsiran pendek akal aku yang sedikit dangkal ini merupakan kombinasi saat, minit, jam yang bergabung membentuk hari yang kemudian berkembang biak menjadi bulan tahun, abad dan kurun..hakikatnya takrif bagi masa itu luas..luas sampai tak mampu aku tabur atas papan kekunci saat post ini aku taip untuk dipertonton pada alam sejagat...ya tulisan yang mungkin tidak ada siapa-siapa mahu membaca...tulisan mahkhluk kerdil yang mungkin padam bila-bila....mungkin esok..mungkin lusa..atau bila-bila sahaja..
menjengok album-album lama dalam laci serta almari series telah mencuri sedikit dari detik hidup aku menerawang membayangkan sambil melihat betapa pantas masa berlari...aku cukup pasti pemegang rekod olimpik pun pasti tewas dengan masa...power bukan?
menengok gambar-gambar legend yang terisi pelbagai cerita..suka duka...menengok gambar orang mati...(semoga roh mereka dicucuri rahmat) buat aku berfikir...mereka pasti tidak menjangka saat ajal tiba menginvite mereka untuk join orang-orang terdahulu dalam kawasan interim berlabel barzakh' sebelum menuju hari akhir...
di kuching, sebuyau, serian, samarahan malah sri aman aku nampak sudah mulai ramai penggerai-penggerai memacak khemah pelbagai...ada besar, kecil bahkan ada yang hanya duduk di bawah payungan awan menanti simpati penggemar raja buah singgah...bertemuramah...bercerita tentang durian dan harganya...cuma lewat-lewat ini aku nampak kebnjiran durian yang melimpahi jalan-jalan kota raya membuatkan harga raja buah jatuh teruk...lebih teruk dari krisis ekonomi Malaysia tahun 1998..3 minggu lepas harga durian tak kurang RM20 seikat (biasanya seikat ada dalam 3 sampai 4 biji buah)..tapi sekarang anda sudah boleh beli dengan sekeping not hijau sampai 5 bijik buah ranum harum untuk dibawa pulang ke rumah..
kalaulah masa boleh dijual bagai durian...pasti ramai...berebut beratur mahu membeli masa..Moga-moga masa-masa aku yang telah berlalu, masa yang sedang aku lalui dan masa yang bakal tiba tidak menjadi qarinah menentang aku di hari Mahsyar kelak..
0 org cakap blakang