perghhh
12/05/2012 06:00:00 AMpagi ini hari aku dikejutkan dengan seprais yang langsung aku tak jangka...nyata tuhan itu maha power dan sepraisnya series maha hebat...gerak dari rumah awal dengan hajat ingin berjumpa orang tua mehu melihat, menyukat dan menengok tanah beliau di perkampungan melayu yang tak berapa nak melayu...sudah berjanji awal...maka aku gerak keluar rumah pun awal dalam cuaca pagi berkabus yang nampak macam sporting untuk menjana aktiviti ekonomi, politik, kerohanian mahupun sosial..
sudah disebut terang-terang dalam kitab agung..ayat yang cukup panjang perbahasannya lebih panjang dari perbahasan dewan rakyat kalau disukat dengan pehimpunan agung UMNO aku yakin kena tinggal 10 tiang..'dan jangan lah kamu berkata "aku pasti akan melakukan perkara itu esok melainkan dengan berkata insyaAllah ( jika Allah menghendaki)".' moral of the story...jangan berani-berani sekali-kali mahu berjanji dengan penuh yakin dan konpiden...hehehe...kena sejibik kat muka...padan muka aku!
hasilnya...aku dapat latihan pembakaran kalori berskala tinggi ditemankan angin sepoi-sepoi dibawa dek lori-lori lalu lalang..menolak sang QCB hampir 2 kilo sudah cukup bikin baju kemeja putih sekolah menengah aku lencun..
dah namanya ujian tuhan..datangnya tiba-tiba tanpa diduga...
0 org cakap blakang