aku dan kota metro, Kuala Lumpur
10/17/2013 09:48:00 PMKesebokan yang terlampau sudah hampir enam bulan merantai kemas kemahuan aku mahu kembali ke kota metro yang sesak itu..enam bulan jiwa membentak, hati memberontak, fikiran berkocak memikirkan apa yang bakal aku jumpa di bandaraya sempit...sesempit namanya..Kuala Lumpur..
Rilis tensyen?jalan-jalan makan angin?lepak buang masa habiskan wang?atau sekadar curi masa bersenda ketawa bersama teman2 lama?ya segalanya mungkin kalau boleh aku jadikan sebab kedatanganku ke kotaraya kerdil ini.
Empat tahun....aku rasa kalau rakyat marhaen serupa aku ini sudah lebih dari cukup untuk membuahkan hasil jika bercucuk tanam..apatah lagi dengan teknologi tanaman terbaharu mutakhir ini....tanam petang ni....malam ni sudah boleh makan..ha, cuba teka?
Semoga safar aku kali ini indah natijahnya..salam jumaat..
0 org cakap blakang