Assam Belimbing
10/05/2013 05:00:00 AMini bukan blog diari macam ramai orang sibuk tulis..nak kena tengok hari-hari macam beri makan ikan tilapia dalam kolam sekangkang kera...dalam blog hitam yang bosan ini aku tulis apa yang aku rasa perlu aku tulis...mungkin lewat-lewat ini banyak dari isi yang sempat aku palit dalam paparan digital hitam terdiri dari coret-coret baris kata...atau apa yang bahasa orang kampung aku biasa kata..sajak...
ok berhenti mengarut..mutakhir ini, perut aku acap berkeroncong usai solat maghrib, maka oleh kerana itu, suatu tempat yang dinamakan kedai makan harus dicari dalam kadar segera bagi menyelesaikan hajat yang aku kira boleh mengubat penyakit lapar ini..
Nah..Assam Belimbing..kedai baharu yang aku terserempak ekoran terpengaruh dengan komplot yang disusun oleh al-fadhil ustad Hisyam Sulhi baru-baru ini...hasilnya aku jumpa
Tom yam power..sepower Tom yam yang biasa aku hirup dini hari di kota Metropolis Kuala Lumpur suatu ketika dahulu..
Kue teow kungfu..walaupun kueteow kungfu di sini tidak sehebat kueteow kungfu makcik pakapow..tapi cukup untuk melmpiaskan rasa rindu aku pada kota itu..juga pada dia.. :)
0 org cakap blakang