malam raya
7/17/2015 04:26:00 PMtakbir yang mula-mula waktu tu aku sedang menghabiskan sisa-sisa air oren yang sedang galak berkocak di antara lidah dan lelangit..ya aku bakal tiba pada hari gembira..gembirakah hari gembira tahun ni?
Di bangi melayunya mesra dan peramah..serupa komuniti kampung melayu awal 90an..takbir sulung kami sambut di al-amirin, satu surau kerdil yang letaknya sedikit tersorok di lipatan lorong yang bergulung dalam perut bandar baru bangi..bahana malam raya nyata telah memenggal kekuatan jemaah untuk gagah hadir ke rumah tuhan yang gah..maka yang tinggal cuma baki sisa manusia-manusia tua dan beberapa lagi makhluk yang tidak terikat dengan langsir dan ketupat rendang di dapur juga laman..
jarang -jarang kalau dekat tempat aku orang datang dari rumah ke rumah bertakbir hari raya, paling last aku ingat dalam 5 6 tahun lepas..itu pun masa aku baru mengenal hidup sebagai seorang lelaki separa matang..yang seronok pasal takbir raya rumah ke rumah ni bila kau boleh kenal rumah jiran yang kau tak pernah dan fikir nak ambil tahu..dari situ datanglah perkataan-perkataan "ohh..sini rupanya".."baru pulak aku tau kau ni.."..itu baru sedikit dari contoh dialog yang kadang-kadang turut diikut rapat monolog-monolog dalaman yang lagi banyak dan kritikal konteks percakapannya.
empat buah rumah sudah cukup buat aku kembung dan fik sudah pening sebab kambing khabsa tadi petang masa buka..pulang ke rumah yang gelap memaknakan hari raya yang mungkin sedikit suram kalau dibanding tahun-tahun sudah.
0 org cakap blakang