aku dan angka lima puluh empat
7/15/2015 02:43:00 PMsetiap dari yang bernafas atas alam ini selalu ada ikatan utuh dengan sesuatu yang biasa orang cerdik pandai sebut nombor..nombor kalau dengan bangsa berniaga sudah tak dapat dipisah..setiap kali penguasa jalanraya mengisytihar pergerakan digit pada papan-papan hitam jentera, nescaya kaum ini lah menjadi yang ulung menerkam digit lapan..lapan puluh lapan dan lapan ratus lapan puluh lapan sampailah lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan. kaya katanya..
belum kau kira puak yang siang malam menebar roti, membakar bulu tangan pada kebuk yang sama terisi naan dan tandoori..kaum ini cukup cinta pada angka tujuh lapan enam..digit yang sinonim disebut sebagai pembuka kalam tuhan tiap malam tadarus.
lima puluh empat..kenapa lima puluh empat?tidak menarik seperti angka lapan atau denominasi tujuh lapan enam yang jauh lebih ramai pada nilai?..lima puluh empat adalah sebahagian kerdil dari tiga ratus dua puluh tiga saudara hari-hari yang bakal ditamatkan perlahan-lahan.
pada tanggal yang lima puluh empat..tepat jatuhnya hari ramadan yang bongsu..bermakna puasa tahun ini sudah sampai pada penutupnya..dan pada hari yang lima tiga kelmarin sempat aku menjajah ke punca kota tempat berkumpul ratus ribu makhluk bersesak rapat bersendat-sendat berhimpun menghulur not-not pelbagai warna pada tajir-tajir melayu..yang rata-rata menukar profesyen menjelang ramadan..
minggu tujuh adalah minggu mengasah makrifah..minggu mendalami agama dengan cara halus dan terpaksa..kalau yang tidak faham kau boleh tanya dengan pemilik tulisan ini..juga minggu yang tidak berapa padat diisi dengan kalam dan kata-kata cuma lebih cemerlang kalau tidak kurang ajar aku kata minggu berfoya-foya..waktu banyak tertumpah pada lantai getah hijau tempat riadah tangan dan kaki dimainkan..
tidur..tidur adalah unsur yang beransur-ansur menjadi kayu ukur tiap yang mendaftar dalam perjalanan sepuloh bulan ke depan ni..tidur ghalibnya kalau di tempat jatuh lagi dikenang..pasti mencapai tahap optimum bagi seorang makhluk berfungsi secara efisyen dan tip-top. sepanjang lima puluh empat hari duduk di bawah lembayung jata biru muda 'latihan untuk pembangunan'.
banyak aku dengar cakap-cakap pasal tidur..memang..tidur memang sampai bila pun tak cukup..sekarang kau kena ubah kebiasaan kalau kau rasa benar nak jadi manusia yang layak duduk kat tempat tu..
pada jambangan berisi 7 hari yang nombor 3..rabu...sempat aku pergi
0 org cakap blakang