10 bulan kemudian pamitan
8/20/2015 01:37:00 AM10 bulan..itu ja masa yang aku ada bersama kau, dia mereka dan kalian..dan usai 10 bulan ini akan sampai saat pamitan..tak lama..tapi kekal...
Saat Pamitan
Aku sekadar tamu yang singgah
di teratakmu meredakan lelah
dalam kembara panjang yang tak terlelah
ada kalanya aku seakan-akan kehilangan arah.
Sampai kini saat pamitan
kerana kembara perlu kuteruskan
meredah mujur di gurun tanpa garisan
berbekalkan tawakal mengharapkan ihsan.
Seteguk syarbat penawar dahaga
cukup ku kira memberikan tenaga
untuk aku terus berkelana
dalam kembara mencari makna
Apabila mungkin aku muncul semula
sudi kiranya dikau menerima
persinggahan yang mungkin tidak kau duga
meskipun kemudian untuk pamitan semula.
Awang Sariyan
Kembara Bahasa
Deep...
0 org cakap blakang