- 4/25/2016 01:15:00 AM
- 0 Comments
Bergegar tangan Akash sambil matanya tajam memerhati meja nombor 34. Langkahnya disusun penuh berhati-hati menghampiri meja panjang tersebut. Lain benar baginya perasaan hari pertama bekerja di negara ini. Rakyatnya gemar keluar bersukan di malam hari. Rata-rata yang hadir ke tempat ini sejak dari jam 8.30 tadi kebanyakannya kumpulan-kumpulan anak muda yang datang pelbagai gaya. Selain dua tiga pasangan yang mungkin sedang belajar bercinta, sekali sekala terlihat juga kelibat lelaki berseragam serupa bagai di kampung halamannya, berkain pelikat dengan pakaian kemas berketayap ringkas di kepala. Pekerjaan baharu ini mengajar dirinya mengenal rempah, menu dan mempraktikkan ilmu kira-kira selain memperbaiki imbangan badannya dalam membawa pesanan. Sebagai penerima anugerah pelajar terbaik dalam Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan tahun 2012, matematik sudah tentu bukan masalah baginya.
Jam pada dinding premis 24 jam itu mengisyaratkan lima minit menghampiri empat pagi., Suasana kian rancak dengan gelak tawa disulam kepul-kepul asap rokok yang bergentayangan memenuhi siling. Hampir seluruh mata tertumpu pada kotak-kotak leper yang tergantung kemas hampir tiap penjuru menyaksikan sebiji bola direbut oleh dua pasukan nun di seberang laut. Sudah lama Akash membunuh minatnya terhadap perlawanan bola sepak. Kalau bukan kerana sebiji bola itu, sudah tentu adiknya Rafat mampu melanjutkan pelajaran dan menjalani hidup seperti lelaki normal yang lain.
Tiba di hadapan pintu 17, Akash memberhentikan langkahnya sambil mengeluarkan kunci dari poket kiri seluarnya.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, Akash. Lambat kau balik"
"Biasalah, aku main dengan anak kucing tadi dekat kedai". Pantas Akash mematikan perbualan.
Syamim dan Sayeed memerhatikan sahaja telatah Akash sambil menonton bicara pagi di TV9. Selesai bertemu tuhan, Akash melabuhkan lambungnya pada toto lusuh tinggalan Mahir yang dihantar pulang sebulan lepas. Fikirannya panjang menerawang sambil matanya ralit memandang siling layu perlahan-lahan mengikut pusingan bilah-bilah kipas yang berputar.
"Kau ikutlah kami ke Malaysia. Dekat sana banyak peluang kerja. Kau boleh tolong sara keluarga kau."
"Pergilah nak. Ramai saudara kita dekat sana."
"Kau tak perlu bayar apa-apa. Aku ada seorang kawan. Dia ejen pekerja asing. Ramai dah kawan-kawan kita dia hantar ke Malaysia. Nazir, Rasel, Saiful, Ahmed pun sekarang dah berjaya di sana. Kau lihat bagaimana kehidupan keluarga mereka di sini. Selesa kan?. Itu semua ejen ni lah yang hantar mereka."
"Pergi lah bang. Sekurang-kurangnya abang dapat bantu adik untuk biayai kos perbelanjaan ubat kakinya tu. Lagipun tahun depan adik nak bedah. Kita kena ada wang secukupnya untuk tampung bayaran pembedahan tu."

- 4/24/2016 09:23:00 PM
- 0 Comments
Masuk ke dalam perut kapal
dasarnya lobang lompang
nakhodanya budak
jegil matanya dia meneriak
dasar kanak-kanak!
Dilantiknya kelasi
tukang cuci
pemikul sauh
pembaca peta
jurumudi
dan nakhoda
itu semua dia.
kapal harapan
layarnya impian lebar
dari kayu jati Jawa
pasak teguh dari damar utuh Sulawesi
jaringan temali sahabat
yang mereput digigit hawa kering perit.
Dipukul angin prasangka
perut kapal menggesek dasar karang curiga
cuba duga samudera
yang menjauh dari nyata.
180416

- 4/18/2016 09:09:00 PM
- 0 Comments
Menyelak pintu April seperti membuka tirai-tirai baharu dalam kembara hayat aku. Dan tiap dari nafas yang berdenyut lewat-lewat ini seperti lebih laju dari sebelumnya. Nyata perjalanan menaiki kapal MV Roslain telah mendewasakan. Sepuluh bulan lamanya aku di atas kapal itu, aku banyak mengerti tentang bahasa yang dituturkan angin, bermesra dengan olengan ombak yang menggeletek buritan lancang berkuasa diesel ini, juga tahu tentang garisan ufuk yang menantiku saban malam aku bersendiri pada dek sebesar tiga padang bola itu.
1 April 2016, kalau menurut kalendar perjalanan dan keterangan dari Theo, sang penjual tiket saat aku membelinya 24 Mei tahun lalu merupakan tarikh tibanya bahtera ini ke pelabuhan Manamana. Sebuah pelabuhan yang menghubungkan anak kampung naif ini dengan realiti yang tehampar dalam perut kehidupan yang kecamuknya lebih dahsyat dari amuk gajah yang naik minyak. Sepanjang di atas pangkin menyaksi naik turun matahari dan juga kelompok-kelompok burung hijrah yang sering bertukar ganti lalu di kepala kapal, aku sempat berkenalan dengan Bari. Seoarang berbangsa Konsila katanya yang berasal dari kepulauan Karamat. Tubuhnya sedikit gempal saat pertama kali aku disapa olehnya. meskipun badannya sedikit rendah dari aku, tiap buah kata yang terbit dari lisannya senantiasa menewaskan susuk tubuh beliau. Tinggi bahasanya, tuturnya lembut menenangkan jiwa saat aku marah. Jujur aku senang berkawan dengan Bari. Bari anak orang kebanyakan yang tinggal di Karamat. Taakulannya tajam persis pisau yang memotong halkum kerbau di kampung aku saat badar Zulhijjah datang menjengah. Bercakap bila perlu, Bari banyak mengajar aku tentang ketenangan, mengatasi bodoh yang selalu datang dari sifat sikapku yang gopoh. Seusia denganku, jelas dia lebih jauh matang dari aku meskipun kadang-kadang terbit juga sikap keanak-anakannya yang pantas membungakan tawa pada wajah tiap yang berhadapan dengannya.
"Boh, jom pergi gym petangni, boleh kita gi swimming pastu"
"Boleh juga, lepas Asar kejap lagi mari bilik aku. Kita gi skali"
Hampir dua jam petang itu aku penuhkan bersama Bari.
Cairy, sebuah kepulauan yang kami lewat dalam perjalanan. Himpunan puluhan pulau-pulau kecil yang menghijau dilatari dengan dua biru yang amat tepat padanannya pada retina sihat yang melihat. Dari kejauhan dapat aku kira satu demi satu jong dan perahu yang berkeliaran semakin layar kami turunkan perlahan merapatkan sisi kapal ini pada bibir pelabuhan.
"Kapt, berapa lama kita berlabuh sini?"
"Kita tunggu angin monsun berhenti, baru kita sambung perjalanan"
"Yala Kapt, biasanya berapa lama tu?"
"Mungkin dalam empat bulan. Itu pun paling lama"
Empat bulan. Satu tempoh yang agak lama untuk dihabiskan di kepulauan yang jauh dari kehidupan. Tidak ada barang satu pun dalam pengetahuan aku sepanjang hayat ini ahli keluarga dari sulur Al-Habshi dan Ja'afar yang berada di sini.

- 4/10/2016 05:13:00 PM
- 0 Comments