raya satu empat tiga tujuh hijri

7/12/2016 07:25:00 PM

raya adalah masa sanak saudara berhimpun.. atau dalam bahasa marhaen macam aku 'gathering'..orang melayu atau mereka yang sinonim hidup sebaris dengan bangsa ini lazim disebut dalam cakap-cakap orang lama..kalau dah berhimpun..bukan melayu kalau tidak mengumpat..untuk bangsa lain aku tak mahu sebut bimbang kelak dilabel rasis..


seperti juga bangsa-bangsa lain dalam dunia..aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan tanpa mengira waktu dengan sebab yang beraneka..lepak lepas balik teraweh misalnya..itu belum dikira yang melepak bersembang lepas akad nikah di pejabat kadhi besar negara gajah putih..dan sebab-musabab lain yang berkait-mait.

Yang makcik dengan yang makcik dekat dapur, yang bapak-bapak dengan bapak-bapak, yang baru abis SPM dengan geng-gengnya..mat-mat motor, yang budak-budak baru kering jawi dengan mainan masing-masing..termasuk sekali anak-anak baru tumbuh gigi susu pun bersembang dengan bahasa yang waima kau, aku, mereka, dia dan kalian tak faham.

banyak benda yang sebenarnya terhasil kesan dari aktiviti bersembang ni..yang cerdik dan juga tak cerdik..

bila duduk bersekali dalam kedudukan yang sama (dengan biasanya diikut serta beberapa gelas berisi air berwarna juga bekas-bekas kuih pelbagai bentuk merujuk kemampuan tuan rumah, kalau kaya mahal lah bekasnya, kalau kurang berkemampuan, bekas tupperware biasa pun jadi lah)..maka terbitlah soalan-soalan yang ghalibnya akan membuka pintu kepada soalan-soalan lain yang bakal turut serta menjadikan tempoh ziarah bertambah sesuai celoteh yang meruah di meja hidangan.

Rugi..alangkah baik kalau sembang-sembang raya ni digunakan untuk memanjangkan ukhuwwah dan silaturrahim..mengeratkan lagi hubungan yang renggang..tak salah kalau suasana hari raya ni dimanfaatkan untuk memperelok hubungan yang renggang dalam menyambut kemenangan dan memohon kemaafan.

selamat hari raya, maaf zahir dan batin 1437H

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images