KENAPA?

9/20/2016 06:05:00 AM

Saya mahu bercakap dengan awak
Tapi saya tak boleh
Kenapa?
Sebab tak boleh..
Kenapa?
Saya tak tahu..
Memang tak boleh..

Banyak yang ingin saya ceritakan
Tentang awan dan hujan
Tentang senja dan burung jarah
Tentang hari ini, esok dan juga semalam
Semalam yang meriah warnanya

Kenapa?
Kenapa saya tak boleh bercakap dengan awak?
Sebab masa bercakap kita sudah tamat
Dan semua sekarang hanya riwayat
Tentang hayat.

Saya mahu bercakap dengan awak
Tapi saya tak boleh
Tidak bercakap tidak bermakna lupa pada awak
Biar saya bercakap dengan awak dari dalam doa
Pasti awak merasainya
Saat saya terlalu mahu bercakap dengan awak.

Mamak kembar
200916

You Might Also Like

1 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images