cerita kita-kita
6/08/2018 09:42:00 AMCerita kita-kita
Selalu ada benda yang kita tidak mahu kongsikan pada orang lain dan selalu ada perkara sebolehnya kita tidak mahu seseorang ataupun siapapun tahu selain diri sendiri. Dan benda ini kita sebut rahsia. Setiap orang sudah tentu punyai rahsia tersendiri dan dia pastinya menyimpan serapatnya rahsia itu dengan diri diam-diam agar tidak diketahui mujtamak.
Dalam keghairahan individual dengan rahsia masing-masing, seringkali pada adatnya kita terlupa tentang rahsia di atas segala rahsia. Yang sebolehnya kita sembunyi dari pandang dengar dan cuba kita lindungi dari deria zahir makhluk itu sebenarnya kerdil dan kecil kalau hendak ditimbang dengan rahsia di atas segala rahsia.
(“Dialah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan terselindung”). Nah ternyata sebelum kita merahsiakan apa yang kita rasakan eksklusif buat diri kita, Dia terlebih dahulu tahu saat awan-awan fikiran bergabung menjadi sebuah intuisi yang kemudiannya kau hasratkan untuk dirahsiakan. Jadi hebat benarkah kita mahu bertanding dengan tuhan?
Itu baru prakata bagi posting ini sebetulnya. Dalam hidup aku yang singkat ini, pernah aku bertemu dengan beberapa momen rahsia di atas segala rahsia. Benar, kita merancang, Allah juga merancang, bahlan Dia jualah sebaik-baik perancang segala ketentuan.
Tentang garis-garis hidup yang bertemu di atas kehendak Dia. Ternyata pada sebuah kehilangan itu bermulanya atau lebih tepat aku sebut bertemu kembali sebuah persahabatan lama telah terputus lalu terus hidup ke detik ini. Epik.
Rahsia di sebalik rahsia. Dan dari saat itu aku mengimani bahawa tiada suatu pun yang teliti dirancang rapi itu bakal terjadi melainkan dalam IradahNya yang Maha Mengetahui.
Aku berkongsi kegembiraan dengan perkhabaran gembira yang kau maklumi. Nescaya aku bakal terus mengiktiraf persahabatan ini kekal dari hari pertama aku terima kiriman naskhah dari Engkau hingga akhir nafas yang dipinjamkan.
0 org cakap blakang