- 10/14/2012 03:39:00 AM
- 0 Comments
hari raya dah dekat..ramai dah mula bercakap-cakap tentang baju raya, perabot baru, dan tidak kurang yang bercakap tentang harga rokok yang bakal naik lagi..budak-budak seperti biasa berkomplot melanggar rumah orang kaya-kaya berkereta mercedes berhenbeg prada sebagai mangsa meragut duit raya..yang muda remaja mulalah sibuk berkenduri walimah almaklumlah sebulan berpuasa, kalau buat kenduri time puasa nanti dikata lokek..melayu..melayu
raya tahun ni aku balik..mungkin selama-lamanya balik terus diam di negeri kaya rakyat derita...negeri banyak buaya..buaya laut, buaya air tawar termasuklah buaya darat..negeri yang melahirkan penerjun papan anjal negara...bendera 3 warna..hahaha..
tak banyak beza macam aku mula-mula tinggalkan negeri ini dahulu, nyata arus moden sudah mula mengisi liang-liang kemunduran menekan rakyat untuk terus berusaha keras mengenyangkan perut yang di atas sana..duduk tersenyum di papan-papan iklan gergasi pinggir lebuh raya sambil memegang kerusi kayu jati hasil kekayaan hasil buminya..
raya kali ini kotak berhantu seperti biasa menjalankan tugas dengan arahan orang-orang atas...menghidang jenaka, cerita, drama racun perosak minda anak muda..filem mengarut bikin mentaliti karut...mungkin ini kita mahu...generasi baru mentaliti zaman batu..bagi aku tidak salah menayang filem-filem bongok kalau ya pun mahu berseronok..tapi ada baik kalau diisi juga dengan filem bongok yang bermesej positif..yang tidak berbahasa picisan, dan bukan sekadar cerita yang boleh dijaja mulut ke mulut..mungkin boleh ditanyangkan filem-filem kartun animasi tempatan yang mulai mencanak naik popularitinya saban hari atau filem negara luar yang punya isi untuk diselami...bukan kah itu lebih elok?
penafian: segala tulisan di atas bukanlah tulisan cerdik pandai atau mahu memandai mandai. tidak berniat menggores dan menang hati-hati yang membaca.tiada kena mengena dengan tauke dewan badminton stapok ataupun makcik gerai pakapow di kotaraya..ini hanya cerita, cerita terbit dari benak fikir anak muda. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

- 8/14/2012 09:20:00 PM
- 1 Comments
waktu itu dalam diam ia bicara
bicara tentang hidup,
bicara tentang mati,
bicara tentang bahagia,
bicara tentang sengsara,
bicara tentang apa saja,
waktu berlegar tanpa sedar,
bagai udara disedut pudar,
waktu itu guru bisu yang mengajar anak muridnya jadi manusia,
dari kecil merah tapak kaki,
dari pucuk hijau muda,
hingga besar gagah perkasa,
jadi pohon tertinggi di rimba,
waktu itu terus berputar,
mengukir senyum pada yang mendamba,
menitik tangis pada yang kehilangan,
menyaksi syukur, tawa ria, muram durja,
dialah saksi segala berlaku,
tanpa sedikit jemu,
waktu terus berjalan tanpa undur,
tidak meninggal walau sedetik tugasnya,
berbicara, bercerita, menambah perasa,
hidupnya manusia
dan waktu tersisa ini
kalau boleh aku nukil maafku pada alam seluruhnya
semoga penghujung yang tiba bermakna
mengusung bekal berharga di dunia selamanya
yang bakal tiba,
maafkan aku segalanya.
Arbi Suhadat
E315
1915hrs
- 7/06/2012 04:24:00 AM
- 0 Comments
letih itu rungut yang datang dari mulut
lantas meracun anggota tubuh
serta otak dari bijaksananya
lantas meracun anggota tubuh
serta otak dari bijaksananya
- 7/03/2012 04:26:00 PM
- 0 Comments
penoreh
semakin dekat detik perhitungan
semakin pantas degup jantung
semakin perlahan langkah
semakin kabur pandangan
semakin jauh keseronokan
dalam kerut wajahmu ada sinar
dalam putih ubanmu ada sejarah
dalam kedut kulitmu ada cerita
cerita hidup mati sebuah bangsa
sinar harapan seorang ayah
sejarah perit jerih mendidik asuh anak-anak
cerita seorang penoreh sepenuh masa
penoreh itu ladangnya di atas bukit
bukit penuh harimau dan jembalang
dan dari hasil itu...lahirnya aku
A442
23 Jun 2012
1038 am

- 6/22/2012 08:35:00 PM
- 0 Comments
hari ini aku sempat bersiar keluar kota..menyelesaikan satu benda bernama 'kerja' atau dalam bahasa orang-orang A sebagai 'tanggungjawab'...kerja yang orang tak buat hari-hari...menghantar adik aku ke rumah sewa beliau..rupa-rupanya begini perasaan menghantar anak masuk ke rumah sewa..series hari ini aku telah dididik secara tidak formal dan spontan oleh masa..ya masa..kalau dulu aku yang dihantar, sekarang aku yang menghantar..cuma aku belum lagi berstatus bapak orang...hahaha
- 6/09/2012 09:46:00 AM
- 0 Comments
hadiah
hadiah merupakan pemberian yang diberikan seseorang kepada orang lain dengan menggunakan duit poket beliau sendiri. hadiah biasa orang bagi time majlis-majlis macam kenduri kahwin, hari jadi, jamuan perpisahan, pertandingan ngaji quran dan tak kurang pertandingan memancing kolam. tahun ni hari jadi gua paling legend dalam sejarah..hari jadi pada hari akad nikah sepupu gua yang menikah, noor syafinah. gua tengok dia juga dapat banyak hadiah. tahniah.
tahun ni walaupun hari jadi gua takda orang nak ingat, takda hadiah. tapi gua tak kisah..sebab gua tahu, ada lagi orang yang lagi susah dari gua..orang yang hari lahirnya tak pernah disambut, hari lahirnya tidak diingat walau ibu bapanya sendiri, hari lahirnya itu bagai hari-hari biasa, tanpa ucapan, tanpa ingatan, tanpa hadiah. satu pengajaran yang gua dapat baru-baru ini juga..
dan tahun ini gua sedar..hadiah yang paling bernilai bukanlah pada isi kotak yang dibungkus rapi berwarna-warni...tapi rasa syukur diberi umur serta rasa cinta pada diri sendiri...selamat hari lahir ke-25 ARBI SUHADAT!!aku sayang kamu!
- 6/06/2012 05:27:00 PM
- 0 Comments
aku seorang yang dikurniakan telinga untuk mendengar..
banyak benda yang aku dengar dari aku lahir sampai hari ini..
hari ini...dalam sibuk rakyat kota bertempiar mencari harta..
aku sempat singgahkan telinga mendengar satu kisah..
kisah seorang manusia yang tabah..
ya dia adalah salah satu dari orang yang aku kagumi..
seperti mahu difilemkan tiap bait huruf yang lahir dari bicaranya..
bicara tulus dari hati..
kalau aku punya waktu..
bisa aku luangkan mungkin sedetik usia
mendengar kisahnya
aku bersyukur dipertemukan dengan insan ini
insan yang banyak memberi hidup aku yang singkat ini satu erti
satu rasa...untuk BERSYUKUR...
Arbi Suhadat
270512
2125HRS

- 5/27/2012 09:55:00 AM
- 0 Comments
Mock Trial Syariah 2012
SESAT
2&5 Mei 2012
0900-1400hrs
Moot Court Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Semua Dijemput Hadir
Sebarang Info hubungi:
Zulkefly-0193692737
Dalilah-0193648635
- 4/24/2012 04:18:00 PM
- 0 Comments
hidup dalam udara percuma dengan bebas itu kurniaan yang besar
darah yang mengalir mengisi urat nadi itu nikmat tidak ternilai
dari awal celik mata pertama hingga hembus akhir nafas hendaknya ku pohon
semoga hidup ini bisa aku terus gagah
menempuh sisa usia yang menghampir tanpa sedar
ke tarikh akhir...
dalam liku ranjau jalan
bermacam persoalan mendatang
yang aku paling suka
kini mungkin saat gembira mampir menyapa
dan mungkin esok ia akan berlalu
seperti biasanya arus dunia
aku seru pada alam
aku seru pada bulan dan bintang
pada langit dan matahari
kalau bisa dipanjangkan masa gembira ini..
pasti hidup lebih bermakna...
230412-1158hrs

- 4/22/2012 08:58:00 PM
- 0 Comments
hujung minggu adalah hari istirahat untuk aku..hari melapangkan fikiran...hari membebaskan diri dari apa yang dinamakan kerja...hujung minggu..ya hujung minggu itu gabungan dua hari yang terletak di penghujung sesebuah minggu, iaitu hari sabtu dan ahad..
kusut..sebab apa..aku malas nak cerita...cuma
hujung minggu aku kali ini aku rasa macam lain..sebab seronok..tak macam hujung minggu aku 2 tahun kebelakangan ni..kalau hujung minggu di rumah, sudah tentu aku sudah dikebun..hahaha
aku harap rasa seronok ni tak hilang n akan terus kekal seronok sampai aku mati...

- 4/15/2012 04:25:00 AM
- 0 Comments
Pasar Minggu
pasar penuh warna warni
sang penjual dan pembeli
tingkat ekonomi
bumi pertiwi
satok tempatnya
ratusan malah ribuan pengunjungnya
pasti sesak jeraya
bagai pesta ramainya
di pasar minggu tempat bercerita
tempat handai taulan bertemu
tempat cinta mulai tercipta
tempat tumpah rezeki mencurah
cerita manusia dan jualannya
cerita hidup mati orang desa
cerita duka bahagia pahit dan tawa
cerita kota dan kampung di hulu
cerita negeri kita
sarawak tercinta
7 April 2012
Arbi Suhadat
Pasar Minggu Satok
- 4/08/2012 05:36:00 AM
- 2 Comments