- 3/30/2013 06:13:00 PM
- 0 Comments
tadi saat menggelepar dalam laman sosial alam maya..aku terserempak satu cerita..kejayaan buat rakan sekomplot aku....beliau atau lebih tepat aku katakan mereka..telah berjaya mendapat beberapa anugerah dalam Pertandingan Majlis Tilawan Al-Quran MAKUM di UTM Skudai mutakhir ini...sahabat dari team goresan seni..aku doakan anda terus menjadi tiang industri seni khat tanah air...
Anugerah Khas Juri Pertandingan Seni Khat
ZULFIKAR BIN AMAN
Johan Pertandingan Seni Khat
MOHD FAWWAZ BIN ALIDDIN
- 3/11/2013 01:23:00 AM
- 2 Comments
bagi aku hidup ini tak kurang macam tempat lepak..walaupun ramai ahli bahasa baik ahli falsafah, ahli kaji bumi, ahli astronomi termasuk juga ahli gusti profesional WCW dan ahlil nujum negara sudahpun memberi bermacam tafsiran atau kata nama khas buat 'hidup'..aku peduli apa...kalau anda tidak suka...dengan segala hormatnya aku persilakan anda pergi mampus..haha...
kenapa aku kata hidup ni tempat lepak?sebab aku, kau, dia, mereka, datuk aku, datuk kau juga tok-tok wan kita semua sejak azali lagi pernah melepak..paling lama pun kalau nasib-nasib mujurlah terjumpa sorang dua yang boleh lepak sikit lama..dapat masa xtra..kah3..
betul kan?tak caya try tanya siapa boleh lepak lama atas port yang namanya dunia ni?memang seronok..tapi...faham-faham sendirilah...nanti aku tulis kau kata aku tulis tak ingat dunia...tak pasal-pasal 1 Mesia baca blog aku..hahahah
berhenti cerita pasal lepak..dalam depresi otak aku kurang mampu untuk menerbitkan diksi-diksi power yang selayaknya aku hidang untuk anda-anda yang mampir lalu walau tanpa undang jemput membacanya...
10 Mac...tarikhnya..tarikh istimewa..dalam 1 tahun dahulu..mungkin sebelum ada cinta antara 2 insan selayaknya selamanya jadi teristimewa dalam hayat pendek aku..mungkin juga saat Mahathir mula naik jadi menteri perdana..kalau mahu lagi lama..mungkin masa tok uban mulai jadi taukeh negeri terkaya..kah kah kah
selamat hari lahir buat anda..anda yang lahir pada hari istimewa..anda yang aku kagumi..semoga anda bakal mengisi ruang manusia-manusia yang istimewa sepanjang aku melepak atas dunia ini...
Selamat hari lahir
tiba detik tangis pertama menembusi ruang buana jin dan manusia
saat bisik herdik mulai menerobos deria polos
bila jasad kerdil disambut lembut tangan mulus sarat cinta kudus
tika kata-kata afdhal hadir menusuk rongga
bahagia..
alam segenapnya menyambut lahirmu
dengan kuntum-kuntum senyum suria
lembut membuai mu dengan belai mesra
syukur
hari usiamu genap
berlalu segala awan gelap derita
pergi jauh sengketa duka sengsara
padamlah api serakah benci..dengki
surutlah banjir sedih yang pedih
hilanglah taufan dendam
hadirlah pelangi ceria gembira
datanglah khabar riang
moga hari-hari barumu terisi
manis perkenalan
aroma harum bunga kebahagiaan
selamat hari lahir anda
Kpg Boyan
10 Mac 2013

- 3/10/2013 07:03:00 AM
- 0 Comments
indah..kalau hari-hari begini sudah tentu dunia bakal jadi tempat paling selesa..tiada tekanan kerja mahupun bingit suara sang penguasa..tidak perlu berpanasan..di padang tar sambil berjalan gaya askar...
hari rabu semenjak menjadi sebahagian kakitangan separa kerajaan kebelakangan ini merupakan antara hari yang paling tidak seronok..mahu tahu kenapa..jadilah anggota RELA~
hari rabu yang memang indah..sangat!
- 2/26/2013 11:57:00 PM
- 0 Comments
Warna
25 haribula dua, sudah lebih tiga hari...mohon penunggu tegar hitam bosan ini agar jangan angkat kaki dan pergi...walau hidangan bertaraf hotel lima bintang tidak mampu aku hamparkan..aku harap sudi membaca apa kiranya nukil karya minda aku apa adanya..
cerita tentang warna, tanpa prejudis aku yakin sejak dari kaki mulai bertatih, sejak mulut mulai kenal buah bicara sejak akal mulai beroperasi kita sudah diperjodohkan dengan warna..ya warna..ada warna cerah, warna lembut, warna garang, warna sejuk, warna panas, warna gembira, warna suram, warna bermacam warna.
dalam warna itu ada maksud yang darinya diolah sebuah cerita..tentang warna dan dunia, manusia, alam sinergi antara makhluk dan tuhan yang sedia terhubung saat menyahut seruan sebagai khalifah muka bumi.

Warna cerita
Dalam dunia penuh warna
Merah putih kuning jingga
Kelabu asap biru tua
Atau hitam merah hijau ungu
Warna boleh jadi latar
Boleh jadi watak
Boleh jadi cerita
Mungkin juga warna biasa
Hanya warna semata
Hijau daun biru langit
Kuning suria putih awan
Hitam malam jingga senja
Merah darah
Warna itu indah
Kurnia tuhan buat dunia yang suram
Pelangi petang menyimbah harum seroja di taman duka
Menyiram pergi kotoran duniawi
Kota Samarahan
250213
- 2/24/2013 10:49:00 AM
- 0 Comments
HidUp iNi seBuaH MisTeRi
SeMua keHenDaK iLaHi
KaDanG suKA KaDaNg duKa
meNyeLimuTi hiDuP iNi
HaNYa TUHAN yaNg Tahu seMua
KiTa haNYa jaLAn kAn saJA
BerUsaHA & BeRdOa
MoHoN RaHmaTnYa & RedhanYA
TUHAN bimBing kaMi di JaLanMU
aGAr taK LePAs DaRi PeLukanmU
KaMi HaNYaLah maNUSia LeMaH
yAnG taK peRnaH LuPuT daRi dOsa
TUHAN BEri KAMi KeKuaTAn
unTuK peCaHkan mISteRi HidUp
kaMi HaNya BersErah PaDAmu
daRi seGaLa doSa & noDa
220213
SeMua keHenDaK iLaHi
KaDanG suKA KaDaNg duKa
meNyeLimuTi hiDuP iNi
HaNYa TUHAN yaNg Tahu seMua
KiTa haNYa jaLAn kAn saJA
BerUsaHA & BeRdOa
MoHoN RaHmaTnYa & RedhanYA
TUHAN bimBing kaMi di JaLanMU
aGAr taK LePAs DaRi PeLukanmU
KaMi HaNYaLah maNUSia LeMaH
yAnG taK peRnaH LuPuT daRi dOsa
TUHAN BEri KAMi KeKuaTAn
unTuK peCaHkan mISteRi HidUp
kaMi HaNya BersErah PaDAmu
daRi seGaLa doSa & noDa
220213
- 2/21/2013 05:49:00 PM
- 0 Comments
kata awang sariyan "blog yang tak dikemaskini lebih 3 hari akan buat pembacanya lari"
ini buat aku rasa mahu menulis setiap 3 hari paling kurang buat isi blog hitam yang kian mengurus semakin hari.
seperti mahu menulis puisi, atau sedikit coret-coret ilham yang terlahir limpas di kotak minda yang kian berhabuk..ya habuk..habuk kotoran zaman..
LARI
selaju deru angin
atau kuda perang
atau burung besi berenjin Rolls Royce
atau juara olimpik dunia 2 kali
jauh langkah
cari erti hidup
adakala letih berhenti
minum dari mata air insaf
sesekali mencicip bekal ilmu
langkah dipacu lagi
gapai gerbang keredhaan
Kota Samarahan
190213
lari..aku ingat lagi pesan beliau yang senyumannya tidak pernah jauh dari mindaku yang ligat berputar tiap detik yang sarat dengan kenangan..kerana itu aku akan terus lari...dan lari sampai masanya tujuh puluh lima..

- 2/18/2013 05:39:00 PM
- 0 Comments
Malam tadi area Samarahan yang boleh gua kategorikan sebagai bandar mati selepas jam 9.30 digegarkan dengan aktiviti pembakaran sen dalam magnitud berskala besar. Aktiviti ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada penipisan lapin ozon bumi, pencemaran bunyi serta tidak kurang pencemaran pemandangan. Walau apapun, disebabkan gua tinggal dalam negara ni maka gua diam ja...bila member gua post kat fesbuk...maka gua pun tambahla..'Gong Xi Fat Chai'...
- 2/10/2013 02:27:00 AM
- 0 Comments
dalam mimpi aku ada mereka
mereka yang bergelut
berdekah derai ketawa
berkelahi sampai mati
menghambur maki saudara sendiri
berbisik berdua tak mahu diintip dunia
dalam mimpi aku ada mereka
mereka yang tegak berdiri
labuh ke tanah panjang jubah
kaki tak jejak bumi
tersenyum hingga nampak putih baris gigi
berlalu pergi
dalam mimpi aku ada mereka
mata merah nafas turun naik laju
amarah membara panas
menggoncang tongkat panji pertiwi
tutur bicara padat ringkas pedas
tikam belakang bangsa sendiri
dalam mimpi aku ada mereka
berjalan dongak langit
menongkat bintang menggapai bulan
bercerita tentang matahari
panas membakar diri
dalam mimpi aku ada dia
tersenyum manis memandang saujana
diwajahnya terbit gembira
tanda cinta
dalam mimpi ada cerita
cerita tentang aku, mereka, dia dan dunia
mainan serakah dunia dan si penghasut celaka
210113
kota samarahan

- 1/20/2013 06:23:00 PM
- 0 Comments
dari gemersik alun kicau unggas
tenang alir udara bebas
biru langit luas
tempat ini damai
hawanya permai
jauh dari dengki
jauh dari benci
jauh dari hati yang iri
jauh dari dendam manusiawi
kota ilmu kota warisan
kota junjungan zaman berzaman
kotaku, kota samarahan
Kota Samarahan
140113
tenang alir udara bebas
biru langit luas
tempat ini damai
hawanya permai
jauh dari dengki
jauh dari benci
jauh dari hati yang iri
jauh dari dendam manusiawi
kota ilmu kota warisan
kota junjungan zaman berzaman
kotaku, kota samarahan
Kota Samarahan
140113
- 1/13/2013 06:16:00 PM
- 0 Comments
setiap kali tahun baru...perkara yang paling biasa ditunggu mestilah pertunjukan bunga api...ya..yang paling selalu main di tv mulai akhir 80-an masa mak aku masih jadi kegilaan ramai pemuda...jejaka dan lain-lain sebaris dengannya..bersambung
- 1/03/2013 07:28:00 AM
- 0 Comments
LagU ni SeRiEs gUa suke!!
- 12/23/2012 05:26:00 PM
- 0 Comments