­
­

noktah

 Sebenarnya aku dah lama mahu mengisi blog ini dengan tulisan, akan tetapi aku amat dicemburui urusan dunia yang benar tidak berpenghujung, Justeru aku noktahkan blog ini di saat nota ini aku tulis, kalau ada yang menanti tulisan aku, anda tak perlu bersedih dan kecewa kerana aku telah mulakan sebuah lagi blog yang hampir serupa untuk anda baca dan belek, moga-moga tulisan-tulisan aku dapat...

Continue Reading

Sekitar Iklan Raya 2018

Iklan raya 2018 1. Dalam Hati Opah- HABIB JEWELS 2. Misi Riuh Raya- PETRONAS 3. Mak Long Bawang- TM 4. Semua tentang Syawal- AKPK 5. Abang Long Tolong- MARA 6. Rumah Epik Fantastik- TNB 7. Gaya Raya Paling Ori - ASTRO 8. Puasa ke Tak?- GAMUDA LAND 9.Rotan Ayah- BANK RAKYAT 10. Iklan Raya Paling Touching- TOUCH N GO 11. Maxis Bola Raya-...

Read More...

Hujung Ramadan ini

Ramadan kali ini panas. Lebih panas aku rasakan jika dibanding dengan Ramadan yang sama tahun-tahun sudah. Mungkin kerana peningkatan suhu dunia yang mencanak sehinggakan dunia sebelah sini turut bersama memikul azab yang didatangkan dalam bentuk haba. Menuju pintu keluar Ramadan, masa seakan berjalan perlahan..selambatnya..maka kesempatan itu aku manfaatkan untuk menggelintar dan merayau di alam tidak nyata. Tergerak rasanya aku melontarkan sebuah review dari...

Continue Reading

erti Ramadan

Hadiah istimewa yang paling agung, jauh lebih bermakna dari segala hadiah materi yang aku terima seumur hayat kali ni menjadikan hidup aku dan keluarga penuh terisi bunga-bunga kemanisan, seorang bayi yang membawa seribu erti dalam sebuah ikatan yang baharu dibina, melengkapkan maksud kehidupan dan sekaligus membawa aku ke dalam kancah yang baharu, dunia bapak-bapak. Ternyata roda hidup telahpun menyempurnalan satu lagi pusingan membawa...

Continue Reading

cerita kita-kita

Cerita kita-kita Selalu ada benda yang kita tidak mahu kongsikan pada orang lain dan selalu ada perkara sebolehnya kita tidak mahu seseorang ataupun siapapun tahu selain diri sendiri. Dan benda ini kita sebut rahsia. Setiap orang sudah tentu punyai rahsia tersendiri dan dia pastinya menyimpan serapatnya rahsia itu dengan diri diam-diam agar tidak diketahui mujtamak. Dalam keghairahan individual dengan rahsia masing-masing, seringkali pada...

Continue Reading

berq-chakap

berq-chakap! berq-chakap! selepas satu demi satu saudara mu mati digilis kenyataan dihentak-hentak pena amanah dijerit teriak suara parau yang menbentak desak berq-chakap! setelah lama diam bisu membatu yang menuntut sabar tertinggi berq-chakap! bila dunia dibolak balik bila benar ditolak tarik Tuhan ada caraNya Sebelum lisan mati berq-chakaplah sendiri pilih mana benar pasti tidak akan sesal meski maut berkali-kali Putrajaya berq-chakap sendiri Jun 2018...

Continue Reading

bulantiga

Dendam Petrov Bayu dini pagi Brezhnev  mengusap tengkuk jelatanya yang kebal di belakang perisai ampuh tebal dilapis bulu berani wira -wira kutub balang-balang dendam dirapi botol-botol duka penuh diisi kesumat jampi lumat disatu padu dalam tiap titis petrol penuh melengkap molotov yang bakal bertemu jodoh di pinggir kepercayaan yang telah lama hancur Kota kecil tanah harapan anak-anak peluru ketamadunan bakal menjulang permata Kremlin...

Continue Reading

Kuburan Budi

Pertambahan makhluk bernama manusia di atas tanah TOL anugerah tuhan ini menjadikan keterdesakan itu satu lumrah yang wajib ditempuh. Atmosfera persaingan yang busuk menusuk segala menghasilkan sebuah generasi manusia yang gagal. Gagal berfungsi seperti selayaknya. Ya benar, kata tuhan jangan diputar, "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia di muka bumi sebagai khalifah". Khalifah pada segala sudut pandang yang pernah dan telah wujud. Kita, pentadbir yang...

Continue Reading

Pratha roll

Seranahnya yang bingit dari tadi menjadikan pagi itu tidak lagi bermakna buat Kaleb. Aroma metana yang sengit menambahkan lagi perit dalam jiwa mudanya yang memberontak. Sudah lama dia pendamkan marahnya pada perempuan itu. Jika ditimbunkan rasa marah dan benci itu hampir pasti penuh setiap inci ruang rumah ini tanpa meninggalkan sisa untuk selesa. Nyata percaturannya salah. Hidup di daerah kolot ini menjadikan lidahnya...

Continue Reading

Selamat pulang 'ayah'

Saat keberangkatan seseorang ke alam abadi, pasti akan berlaku imbasan-imbasan kenangan yang banyak akan saat-saat yang dikatakan sebagai kenangan terakhir bersama tetamu tuhan yang diundang pulang. Tarikhnya 2 syawal..aku luru pantas keluar ke gerbang dingin ketibaan yang dikerumuni orang-orang yang tidak ku kenal. Nyata wajah yang aku cari belum lagi aku temu setelah setiap satu darinya ku imbas lekas. Langkahku digegas laju mencari...

Continue Reading

Kawan dan perjalanan

Sebuah pengisahan yang pendek cuma sekitar enam puluh tiga tahun sahaja. Adapun yang lebih dari itu adalah tempoh yang ghalibnya membuat tiap yang melewatinya tinggal sendiri. Kisah tentang perjalanan seseorang di atas garis paksi yang disebut takdir. Naik dan turun, cepat atau lambat segalanya sudah tetap melainkan yang yakin dengan tawakal dan doa. Garis-garis yang berselirat pintalannya yang kalau nampak dengan mata manusiawi...

Continue Reading

Kening lukis dan roti jala

JAhad adalah hari kerja. Mau tidak mau retina perlu dikerah beserta otot-otot yang masih dalam mod rehat untuk pantas bekerja cergas menguak pintu rezeki. Lazimnya  kalau di pelukan sibuk kotaraya, kita sedang leka di dasar selimut juga himpitan manja bantal di samping puputan lembut angin dari pendingin hawa, namun di sini nuansanya berbeza. Norma..biar aku namakan dia begitu sahaja. Berbaju biru langit dengan...

Continue Reading

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images