SUKMUM 2010 (track n field)

2/07/2010 09:24:00 PM

Stadium UKM-Sukan Mahasiswa Universiti Malaya 2010 atau SUKMUM 2010 bagi acara trek dan padang telahpun menutup tirainya petang semalam dengan menyaksikan 26 acara dipertandingkan untuk pelbagai kategori. Kejohanan kali ini tidak lari dari sorakan dan gelak tawa penyokong serta atlet yang mempamer kesungguhan serta semangat yang tinggi sepanjang acara berlangsung.
SUKMUM olahraga kali ini dijalankan selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Februari 2010 disertai oleh atlet-atlet dari seluruh kolej-kolej kediaman termasuklah PUSPITA. Antara acara yang mencuri tumpuan sepanjang kejohanan ialah acara favourite 100M lelaki, 100M wanita, 4x100M lelaki dan 4x100M wanita. SUKMUM tahun ini menyaksikan pertemuan jaguh-jaguh yang pernah mewakili Malaysia, Sukan Malaysia (SUKMA) dan jugaMSSM yang pernah mewakili negeri masing-masing berentap bagi mendapat pingat emas.



Atlet lelaki yang paling mencuri tumpuan dalam temasya kali ini ialan Zabidi Mohd Ghazali dari Kolej 9 yang merupakan penyumbang utama pingat bagi kontinjen KK9. Beliau yang juga merupakan pelari emas SUKMA telah membuktikan ketokohannya dalam larian dengan meninggalkan saingan jauh di belakang sepanjang kejohanan.
Atlet wanita yang mencuri tumpuan pula ialah Zalina Rasidi atau Nana dari Kolej 12 yang bergaya dengan penampilan ringkasnya masuk ke arena dan memenangi acara-acara jarak jauh termasuklah 3000M dan 1500M. Seperti Zabidi, Nana juga merupakan penyumbang utama pingat sekaligus membawa keceriaan bagi kontinjen 'the Royals'.



Beberapa rekod baru telah dicatatkan dalam SUKMUM kali ini memperbaiki rekod lama kejohanan yang pernah dicatatkan tahun-tahun sudah. Antara rekod yang telah diperbaharui ialah dalam acara 10000M lelaki, 5000M lelaki, 5000M jalan kaki dan beberapa acara lain. SUKMUM kali ini telah membuktikan kesungguhan atlet serta pengurus pasukan kolej-kolej kediaman dalam memartabatkan sukan dalam diri mahasiswa Universiti Malaya.


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images