Kesebokan yang terlampau sudah hampir enam bulan merantai kemas kemahuan aku mahu kembali ke kota metro yang sesak itu..enam bulan jiwa membentak, hati memberontak, fikiran berkocak memikirkan apa yang bakal aku jumpa di bandaraya sempit...sesempit namanya..Kuala Lumpur.. Rilis tensyen?jalan-jalan makan angin?lepak buang masa habiskan wang?atau sekadar curi masa bersenda ketawa bersama teman2 lama?ya segalanya mungkin kalau boleh aku jadikan sebab kedatanganku ke kotaraya...
- 10/17/2013 09:48:00 PM
- 0 Comments