2014

1/01/2015 08:42:00 PM

dua ribu empat belas yang sudah lepas. jadi depan aku sekarang ada dua ribu lima belas. dua ribu empat belas adalah tahun menunaikan hasrat. memberikan sebanyak kenangan indah, menguntumkan seberapa banyak bunga senyum juga memberikan kegembiraan pada hati.

dua ribu empat belas dengan teman-teman dua ribu tiga belas juga abangnya yang tua dua ribu dua belas. ya tiga beradik yang kita  di dalamnya menyulam cerita. mencoret kisah-kisah pada dinding kehidupan.

dan pada dua ribu empat belas juga, aku bertemu titik-titik kurang senang pada garis takdir. ya ada banyak 'mungkin' yang hadir usai hampir tiga tahun percubaan menyemai benih harapan. tidak banyak yang aku mahu sebut kalau itu pasal mungkin yang kurang elok. jadi aku rasa reda itulah jalan paling baik kalau terkena begini.

terima kasih. memang ringan pada mulut menyebut, tapi pada maknanya ia berat. sarat dengan penghargaan dan tanda apresiasi pada usaha yang mungkin zahirnya kecil. ada berapa tompok dalam rangka otak ini masih berlegar dengan babak-babak itu yang aku tidak tahu kenapa aku rasa sukar mahu dipadamkan. sering diletakkan kafalah silap itu pada pundak ini tapi kenapa sampai sekarang masih belum aku temui jalan keluarnya. kenapa.

sebelum ayat ini menuju kamu. aku mohon diampunkan.

mungkin kerana percubaanku semuanya bubar
mungkin kerana fikiranku dangkal
mungkin kerana lagakku bodoh
mungkin kerana tindakan ku sampah

semoga dua ribu lima belas kamu seronok. lebih seronok dari tahun-tahun dengan aku. aku sudah di awangan masa, galaksi citra yang terkubur saat tulisan ini kamu baca. maafkan aku segalanya.


You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images