aku mahu pulang

1/10/2016 11:56:00 PM

12 hari yang panjang..penuh bimbang..isinya gusar..gementar..namun di akhirnya kita jumpa...diri kita..

Outward Bound School (OBS) Kinarut

Aku Mahu Pulang

Aku mahu pulang
segera dari senja kebingungan
pergi dari pagi intuisi
lari dari jerangkap identiti

Aku mahu pulang
ke teduhan keluarga
rimbunan mesra teman-temanku
juga pada kamu yang berlagu rindu
di perut kota

Aku mahu pulang
kepada ketamadunan
jauh dari gelapnya sukar
selamat dari hutan belukar

Aku mahu pulang
tempatku bukan di sini
bersama karang laut dan juga babi
di balik gulungan ombak dipanah mentari

Aku mahu pulang
dari hamparan pasir putih dan miang buluh
dari gigitan nyamuk yang membunuh
dari longgokan kayu api basah dan juga periuk hitam berjelaga
saban malam disisinya aku berjaga.

Aku sekadar mahu pulang
ke tempat asalku
dengan harapan baharu
dan aku bukan lagi seperti dahulu
kini aku lebih mampu
mengira jalur gelombang
menerka hala angin menuju
meneroka jalan di rimba pengajaran
mendaki bukit harapan
yang dipuncaknya
Aku temui kehidupan.

Aku sekadar mahu pulang
kepada diriku
yang sebenarnya aku.

OBS Kinarut
080116

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images