- 12/23/2012 05:26:00 PM
- 0 Comments
dua tiga menjak kebelakangan ni..lagu ni selalu bermain dalam fikiran aku..series aku suka!
- 12/21/2012 03:39:00 AM
- 0 Comments
apa dia buat di sana?
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang menulis cerita
cerita duka lara hidupnya
atau mungkin cerita gelak ketawa
hidupnya
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang sibuk bekerja
keras usahanya membanting tenaga
untuk tampung perut kecilnya
serta tanggungan sekitarnya
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang memandu
kereta kecil miliknya
moga hatinya tidak terkesan
dipukul perangai manusia gila di jalanan
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang keletihan lalu membaringkan kepalanya atas meja
atau mungkin beralaskan lengan kerdil miliknya
letih berfikir tentang tugasnya atau mungkin letih melayan karenah orang-orang longkang disekelilingnya
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang tersenyum
membayangkan saat-saat gembira atau
mungkin saja kerana lega...selesai segala urusannya
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang bersedih
menahan pedih kerana lolongan anjing-anjing biadap menggonggong maki
atau mungkin dia sedang merindui seseorang yang jauh..jauh dari dirinya
apa dia buat di sana?
mungkin dia sedang sakit
mungkin dia sedang makan
mungkin dia sedang bertengkar dengan bosnya
mungkin dia sedang kecewa
apa pun mungkin...bagi aku bagi dia
moga di ingatanku sentiasa ada dia..
20122012
satok,kuching

- 12/19/2012 11:15:00 PM
- 0 Comments
keluar rumah....setiap hari aku, kau dia, anda dan mereka serta mereka yang berdamping dengan sesiapa sahaja akan keluar rumah...keluar rumah dengan hajat dan niat yang pelbagai...
ok...straight to the point...ini ada doa keluar rumah aku dapat dalam 1 buku kecik kat rak buku kat rumah aku...doa ni elok baca time nak keluar rumah...dalam kereta on the way ke opis...mahupun dalam doa lepas solat..ok..selamat beramal..

اللّÙ‡ُÙ…َّ إنِّÙŠ أعُوذُبِÙƒَ أن أضِÙ„َّ أو Ø£ُضَÙ„َّ ،أو أزِÙ„َّ أو Ø£ُزَÙ„َّ ، أو Ø£َظلِÙ…َ أو Ø£ُظلَÙ…َ أو أجهَÙ„َ أو ÙŠُجهَÙ„َ عَÙ„َÙŠَّ
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang berperwatakan syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiayai orang, dan bodoh atau dibodohi"
(HR Ashabus Sunan)
- 12/08/2012 04:32:00 AM
- 0 Comments
semalam dalam rancak bicara dengan yang dekat di hati sempat aku lalu singgah blog kawan lama....kawan dari kaki gunung kinabalu..aku nampak ada sesuatu yang menarik pada wajah blognya yang agak lama tidak ku tatap..
haha..kaligrafi dalam blog...karya geng goresan seni....aku pun try pancing..kot dapat jugak kaligrafi limited edisyen untuk aku tukau gamba banner blog itam aku yang da berkurun mintak ditukar..ini antara hasilnya

- 12/07/2012 01:55:00 AM
- 0 Comments
pagi ini hari aku dikejutkan dengan seprais yang langsung aku tak jangka...nyata tuhan itu maha power dan sepraisnya series maha hebat...gerak dari rumah awal dengan hajat ingin berjumpa orang tua mehu melihat, menyukat dan menengok tanah beliau di perkampungan melayu yang tak berapa nak melayu...sudah berjanji awal...maka aku gerak keluar rumah pun awal dalam cuaca pagi berkabus yang nampak macam sporting untuk menjana aktiviti ekonomi, politik, kerohanian mahupun sosial..
sudah disebut terang-terang dalam kitab agung..ayat yang cukup panjang perbahasannya lebih panjang dari perbahasan dewan rakyat kalau disukat dengan pehimpunan agung UMNO aku yakin kena tinggal 10 tiang..'dan jangan lah kamu berkata "aku pasti akan melakukan perkara itu esok melainkan dengan berkata insyaAllah ( jika Allah menghendaki)".' moral of the story...jangan berani-berani sekali-kali mahu berjanji dengan penuh yakin dan konpiden...hehehe...kena sejibik kat muka...padan muka aku!
hasilnya...aku dapat latihan pembakaran kalori berskala tinggi ditemankan angin sepoi-sepoi dibawa dek lori-lori lalu lalang..menolak sang QCB hampir 2 kilo sudah cukup bikin baju kemeja putih sekolah menengah aku lencun..
dah namanya ujian tuhan..datangnya tiba-tiba tanpa diduga...

- 12/05/2012 06:00:00 AM
- 0 Comments
masa pada tafsiran pendek akal aku yang sedikit dangkal ini merupakan kombinasi saat, minit, jam yang bergabung membentuk hari yang kemudian berkembang biak menjadi bulan tahun, abad dan kurun..hakikatnya takrif bagi masa itu luas..luas sampai tak mampu aku tabur atas papan kekunci saat post ini aku taip untuk dipertonton pada alam sejagat...ya tulisan yang mungkin tidak ada siapa-siapa mahu membaca...tulisan mahkhluk kerdil yang mungkin padam bila-bila....mungkin esok..mungkin lusa..atau bila-bila sahaja..
menjengok album-album lama dalam laci serta almari series telah mencuri sedikit dari detik hidup aku menerawang membayangkan sambil melihat betapa pantas masa berlari...aku cukup pasti pemegang rekod olimpik pun pasti tewas dengan masa...power bukan?
menengok gambar-gambar legend yang terisi pelbagai cerita..suka duka...menengok gambar orang mati...(semoga roh mereka dicucuri rahmat) buat aku berfikir...mereka pasti tidak menjangka saat ajal tiba menginvite mereka untuk join orang-orang terdahulu dalam kawasan interim berlabel barzakh' sebelum menuju hari akhir...
di kuching, sebuyau, serian, samarahan malah sri aman aku nampak sudah mulai ramai penggerai-penggerai memacak khemah pelbagai...ada besar, kecil bahkan ada yang hanya duduk di bawah payungan awan menanti simpati penggemar raja buah singgah...bertemuramah...bercerita tentang durian dan harganya...cuma lewat-lewat ini aku nampak kebnjiran durian yang melimpahi jalan-jalan kota raya membuatkan harga raja buah jatuh teruk...lebih teruk dari krisis ekonomi Malaysia tahun 1998..3 minggu lepas harga durian tak kurang RM20 seikat (biasanya seikat ada dalam 3 sampai 4 biji buah)..tapi sekarang anda sudah boleh beli dengan sekeping not hijau sampai 5 bijik buah ranum harum untuk dibawa pulang ke rumah..
kalaulah masa boleh dijual bagai durian...pasti ramai...berebut beratur mahu membeli masa..Moga-moga masa-masa aku yang telah berlalu, masa yang sedang aku lalui dan masa yang bakal tiba tidak menjadi qarinah menentang aku di hari Mahsyar kelak..

- 12/03/2012 06:43:00 AM
- 0 Comments
sebok..menyebok..penyebok..
sebok....dalam bahasa benarnya sibuk...atau busy (bizi) dalam bahasa negara orang berambut kuning....mutakhir ini aku sedikit sebok...dengan urusan dunia semestinya....semoga sebok dunia ini tidak menjadi rantai yang mengheret aku lupa kepada sebok akhirat yang nyata kekal...
menyebok...harus disebut betul...bukan mencebok...kalau mencebok itu perbuatan dalam kamar sahaja...ya kamar termenung...dalam kesebokan aku ramai lagi yang menyempat menyebok berjemaah.ya menyebok..kalau boleh..mahu saja aku hadiahi makhluk2 itu makian bergolong-golong biar mereka puas makan maki yang berkhasiat untuk perkembangan otak..
penyebok..inilah glongan yang paling ramai...penyebok atau orang-orang yang termasuk dalam mereka yang gemar duduk di tepi kain orang....sambil duduk sambil menjengok...puii la! aku rasa penyebok-penyebok ini wajar disepak saja....bikin semak!
sebok....hari ini sebok lagi...sebok dan sebok..mungkin tunggu aku mati baru tak sebok..

- 11/27/2012 03:28:00 PM
- 0 Comments
hijrah
terbayang suara makcik-makcik zaman kegemilangan nasyid tradisional..mungkin orkes el-suraya dan rakan-rakan seangkatan..ya lagu yang senantiasa evergreen dan dinyanyikan turun-temurun mengikut turunnya susur galur generasi..
pertama..sama sekali ini bukan salah satu rangka promosi sebuah stesen televisyen yang baru menghijau di tanah air. hijrah itu maksudnya luas...literalnya ia membawa makna pindah...dari satu poin ke satu poin yang lain...luasnya maksud hijrah itu aku jangka semua makhluk berakal punya definisi tersendiri baik yang ditanam oleh pak-pak ustad di sekolah mahupun yang dicanang dan di tayang oleh media perdana..
kedua..pada aku hijrah itu mudah...aku kurang gemar pada golongan yang memberatkan hijrah itu..pindah..ya pindah...pindah bagi aku ialah beredar dari satu keadaan biasa..kepada satu keadaan yang lebih elok..mudah bukan?kenapa mesti berfikir secara kronik dan kompleks..walhal jalannya jelas dan cukup mudah...ya beredar dari keadaan biasa kepada satu keadaan yang lebih elok..
ketiga..azam..series tiada kena mengena dengan peguam syarie terkemuka negeri harimau selatan mungkin lagi3-4 tahun..mohd norazam abd samat..ya setiap kali hijrah, perkara pertama yang jadi topik rancangan bual bicara baik di stesen-stesen radio mahupun televisyen mesti azam...azam yang biasanya tinggal azam..pada aku azam tidak perlu diubah saban tahun..tahun baru, azam baru...lagi cantik kalau azam dibiarkan satu..namun cara mencapai azam itu yang elok diperbaiki..saban tahun...azam lama...cara baru...
hijrah kali ini azam aku masih yang lama...cuma ada sedikit penambahan..ya aku juga harus memandang ke hadapan...moga seluruh hidupku dalam redhaMu...
1 Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah
perpindahan nabi dan umat Islam
dari kota mekah ke kota madinah..

- 11/20/2012 09:51:00 PM
- 0 Comments
lewat itu lawan bagi dini
atau dalam bahasa negara majunya late
balik kerja lewat ini bukan kebiasaan
untuk musim2 hujan kebelakangan
aku anggap saja ujian
alhamdulillah..
mungkin hari ini aku lewat..
tapi masih belum lewat aku kira
untuk mengucap syukur pada yang pemurah
penggoncang hati-hati yang sedia berbolak-bolak
moga hati ini ditetap atas jalan yang satu
jalan tuju rahmatMu

- 11/20/2012 01:02:00 AM
- 0 Comments
jumaat. penghulu segala hari..kira dari semua hari-hari yang ada dalam satu minggu dialah ketua...macam dalam cerita pembohong kanak-kanak awal 90-an dahulu..power renjes...ketua dia power renjes yang warna merah...tak silap aku nama mamat tu jason...masa budak-budak...sume yang kelua tibi semua nk ikut...mula lah....berangan nak jadik power renjes biru la..hitam la..hijau la...yang pempuan tak abis-abis nak jadik porenjes pink...hahahaha...turut serta menipu kanak-kanak masa tu termasuklah cybercop..gaban..atromen..mask rider dan tidak dilupakan siri animasi tempatan yang baru menghijau waktu tu..usop sontorian..dan jugak keluang man
sampai hari jumaat maknanya minggu dah sampai ke hujong..ya hari orang mula malas2...bila tanya...'alah...kita buat minggu depan je lah..'. ok, 1130 waktu mencabot berjemaah..yang lelaki mula pakai kopiah dan rempit berbondong-bondong ke mesjid...tak kurang yang singgah refill dulu di kedai makan tengah-tengah jalan nak ke masjid...itu belum kira berapa batang sumber 'tenaga' yang disedut dalam-dalam mencucuk-cucuk sistem badan sambil berkata 'matilah cepat'...tak guna...memang gambar-gambar angker tahap leher kena pancung tidak mendatangkan kesan kepada mat-mat nikotin yang legend dengan selambe membuat huruf O berkepul2 dari asap rokok yang keluar bersama detik-detik hidup ditarik dari tubuh...
itu yang lelaki..yang pempuan macam biasa tunggu geng-geng laki dah masuk tadah telinga sambil tunduk khusyuk memandang karpet masjid yang bertompok-tompok kadang-kadang menganga menunggu mana tahu ada rezeki lalu singgah dalam mulut...barulah keluar bersama pasukan gerakan konspirasi dan propa...mencari port menganyam ketupat...bercerita hal-hal berhubung kain....jual kain, beli kain...hal dalam kain..hal luar kain...ya..semuanya tentang kain....kadang-kadang termasuk juga cerita tentang banjir di dengkil dan johor penyedap cerita bila agak-agak hampir mahu terkantoi....teknik mengkabe zaman firaun yang series dah basi..
jumaat....jumaat itu hari penuh barokah..hari raya bagi setiap minggu..khusus bagi orang-orang yang pada dadanya tertulis kalimah iman...beruntunglah orang-orang yang mengaut fadilat yang disiram atas seluruh umat tiap jumaat...aku tidak salahkan mereka yang di atas atas apa yang dikerjakan saat hari jumaat...mungkin mereka masih lalai dan leka..mungkin mereka tidak tahu di hadapan mereka apa yang menunggu..mungkin mereka dungu..atau mungkin mereka malu....semoga yang Maha Tahu letakkan pada hati-hati mereka perasaan rindu...rindu pada hari jumaat yang barokah itu...siapa tahu di jumaat depan kita tidakkan bertemu..

- 11/08/2012 11:11:00 PM
- 0 Comments
tangan-tangan awan hitam gemalai mulai membelai mengajak aku supaya berhenti serius..serius kah?soalan yang aku rasa cukup subjektif bahkan pakar lulusan universiti terkemuka internasional pun tidak mampu memberi konklusi dengan bukti2 konkrit bagi menjawab persoalan ini..ya lewat2 ini aku serius..serius power!kah kah kah...
tergelincir dari landasan serius membuatkan tangan yang aku agak saiz XL ni (menurut kata pakar kompelin) mulai gatal mahu menggaru papan kekunci yang sentiasa dipandang saban hari...ya, semenjak bertukar status sebagai graduan segar ini aku agak kurang menggunakan papan kekunci...mungkin sedikit..untuk log in..itu sahaja.
dihimpit bosan hujung minggu baru ini aku lari...jauh dari asap2 busuk kotaraya yang aku kira tidaklah maju seperti yang dikhabarkan media berkiblatkan sang lelaki dengan isteri yang mengusahakan penternakan lebah di atas kepala...tapi cukup membuatkan jiwa raga rosak kalau duduk lama2...
bersambung..
lundu...series jauh...2jam setengah duduk di kerusi supir aku rasa sudah cukup membangkitkan perasaan sengal pada tulang belakang dan pungkok...seronok, trip membebaskan jiwa raga dari kebobrokan kerja serta kebaruaan manusia..
Lundu
jauh..
dipelukan banjaran
dikaki gunung gading
dingin hawa gunung
nyaman angin pantai
pekan nelayan kerdil di hujung pulau tertua
dari ikan kecil mendapat nama
rakyat sejahtera selesa
cukup makan sekeluarga
batang kayan punca hidup
rezeki dilimpah maha pemberi
percuma
081112
0905hrs

- 11/05/2012 09:13:00 PM
- 0 Comments