- 1/27/2015 02:01:00 AM
- 0 Comments
rintik hujan yang masih mendatar belum menunjukkan sebarang tanda mahu berhenti. Mak dari tadi masih asyik dengan pisau dan bawang di dapur. Sambil aku dengar suara kuali rancak menyanyi melebarkan aroma kasih sayang seorang kakak dalam masakan yang bakal dihidang sekejap lagi. Aku rasa mungkin kali ini kakak buat ikan masak kicap barangkali.
Dalam bingit campuran bunyi aku sempat menjeling adik yang ralit di meja makan dekat ruang tamu. Al-maklumlah hidup di tengah kota metro, semuanya mahu dijimatkan. Termasuk juga ruang sedia kecil yang dipadatkan dengan lambakan barangan dan susunan perabot. adik yang tadi tegak duduknya, sudah mulai menyandar pada kerusi buruk turunan turun-temurun dari zawan arwah moyang aku dahulu.
"Long, kau tolong ambikkan nasi ni ha..bubuh kat meja tu," lembut suara mak memanggil dari ruang dapur.
Aku bingkas bangun dari toto terus menuju ke dapur.
"Amboi mak, meriah masakan hari ni," sapaku sambil mengambil senduk nasi dan langsung membawa periuk nasi ke meja makan.
"dik..bangun dik" aku mengejutkan adik yang mukanya sudah bersatu dengan wajah-wajah kertas di meja.
"alih buku-buku ni. Simpan kat meja along dalam bilik sana." arahku tegas.
Adik mengangguk sambil mengesat matanya lalu spontan menguap dan mula menyusun kertas-kertas tulisannya.
"tutup mulut tu kalau menguap tu..nanti dimasuk syaitan..apalah adik ni!" kak menerpa dari dapur mencubit belakang adik dengan tangannya sebelah lagi membawa sepinggan lauk ikan tenggiri masak kicap.
Betul tekaan aku kali ini. Aku tersenyum sendiri memerhatikan adik yang sedang berlalu menggosok-gosok belakangnya mungkin sebab sakit di cubit kakak tadi. Siap semuanya di meja makan, ayah datang mengisi kerusi yang dulunya tempat duduk arwah atuk dan mungkin juga tempat duduk arwah moyang aku.
"kakak..duduk." ujarnya tegas.
Kakak yang sedang menuangkan air di gelas cepat-cepat duduk.
"Bismillahir rahmanirrahim.. Allahumma baariklana fiima rozaqtana waqina 'azabannar." suara garau ayah mengisi ruang kecil rumah yang sedia bising dengan bunyi hujan menghentam atap zink usang rumah pusaka ini.
Sudah menjadi kebiasaan keluarga ini untuk tidak bangun sebelum ayah bangun dari kerusinya. Ayah hari ini seperti belum mahu berdiri dari meja makan sungguhpun sudah kering air basuhan tangan di jemari kasarnya.
"ukhh..ukhh..ukkkkh." bunyi batuk ayah mengunci suasana yang tadinya bising dengan sembang anak-beranak.
"Ayah, along ada benda nak bagitau ayah ni." Aku memberanikan diri memulakan bicara.
Ayah mengangguk ringkas. Dengan tidak semena-mena, semua mata tertumpu pada aku.
"Sebenarnya along ada dapat bonus minggu lepas. Jadi along dh tempah 1 meja baru nk ganti meja ni. Nanti petang esok taukeh kedai kata nak mari hantar," ujarku ringkas dan padat.
"nanti meja ni bolehla kita buang, lagipun dah buruk sangat kot," aku menambah
"tapp!!." ayah menghentak meja.
"tak boleh!..yang kau sibuk nak buang meja ni kenapa?!"
Makan malam malam itu berakhir di situ. Ayah terus membasuh tangan, mengambil kunci motor yang bersangkut pada paku-paku di tepi gerobok lantas keluar menjauh dari pandangan kami.
"Balik dari surau kejap lagi sejuk la ayah kamu tu," lembut suara mak mengisi ruang.
Esoknya aku ke tempat kerja awal. Selepas subuh aku terus ke tempat kerja. Sepanjang jalan fikiran aku masih galak mengingatkan kejadian di meja semalam. Masih terngiang bunyi hentakan meja yang melekat kuat di langit otak. Aku hairan kenapa ayah marah sangat bila aku sebut pasal set meja baru tu. Lagipun, meja lama tu dah buruk sangat kot. Kaki meja tu pun sudah berapa kali ayah gamkan dengan gam kayu. Bukan setakat itu, tanggam-tanggam kerusinya pun sudah penuh dengan skru dan paku-paku yang berkarat reput mungkin sebab sudah terlalu lama. Salah satu kerusinya patah satu kaki yang aku ganti dengan kayu sisa dari tapak pembinaan dalam perjalanan menuju pejabat. Kalau dilihat sekali mungkin nampak cantik sebab ada ukiran bunga dan awan larat pada setiap bucunya, tapi kalau duduk di kerusinya baru dapat rasa betapa usangnya meja tua itu.
"Macam mana petang ni?, taukeh kedai dah nak datang hantar meja. Duit dah bayar semua. Aku nak letak kat mana meja buruk tu." omelku sendirian.

- 1/08/2015 11:43:00 PM
- 0 Comments
dua ribu empat belas yang sudah lepas. jadi depan aku sekarang ada dua ribu lima belas. dua ribu empat belas adalah tahun menunaikan hasrat. memberikan sebanyak kenangan indah, menguntumkan seberapa banyak bunga senyum juga memberikan kegembiraan pada hati.
dua ribu empat belas dengan teman-teman dua ribu tiga belas juga abangnya yang tua dua ribu dua belas. ya tiga beradik yang kita di dalamnya menyulam cerita. mencoret kisah-kisah pada dinding kehidupan.
dan pada dua ribu empat belas juga, aku bertemu titik-titik kurang senang pada garis takdir. ya ada banyak 'mungkin' yang hadir usai hampir tiga tahun percubaan menyemai benih harapan. tidak banyak yang aku mahu sebut kalau itu pasal mungkin yang kurang elok. jadi aku rasa reda itulah jalan paling baik kalau terkena begini.
terima kasih. memang ringan pada mulut menyebut, tapi pada maknanya ia berat. sarat dengan penghargaan dan tanda apresiasi pada usaha yang mungkin zahirnya kecil. ada berapa tompok dalam rangka otak ini masih berlegar dengan babak-babak itu yang aku tidak tahu kenapa aku rasa sukar mahu dipadamkan. sering diletakkan kafalah silap itu pada pundak ini tapi kenapa sampai sekarang masih belum aku temui jalan keluarnya. kenapa.
sebelum ayat ini menuju kamu. aku mohon diampunkan.
mungkin kerana percubaanku semuanya bubar
mungkin kerana fikiranku dangkal
mungkin kerana lagakku bodoh
mungkin kerana tindakan ku sampah
semoga dua ribu lima belas kamu seronok. lebih seronok dari tahun-tahun dengan aku. aku sudah di awangan masa, galaksi citra yang terkubur saat tulisan ini kamu baca. maafkan aku segalanya.

- 1/01/2015 08:42:00 PM
- 0 Comments
Langkah Saad semakin perlahan menongkah hari yang kian hilang terang. Melihat mentari pulang perlahan menjadikan langkahannya mendikit lemah hendak rebah ditambah olengan perkara yang menggunung di pejabat.
"Woii..jalan tengok depanlah!.."suara garau garang membangkitkan Saad dari buaian fikirannya yang bercelaru, lantas membetulkan kembali landasan perjalanannya menuju ke masjid.
Orang di masjid baru bangkit rakaat kedua saat ketibaannya pada permaidani lembut buatan turki itu.
"Masbuq lagi.." omelnya sendiri sambil berjalan perlahan ke saf pertama. Nyata Masjid Nour el-Salam yang gah di tengah kota masyhur Salimun, Ibu Negara Balkret. Usai dua rakaat nawafil dia merebahkan lambungnya pada hamparan lembut alas empuk lantai masjid. Melihat pada tulisan khat bergulung pada bahagian dalam kubah masjid itu menjadikan kotak fikirnya sedikit tenang.
"Innama bu'ithtu li utammima makaarimal akhlaaq.."sedikit demi sedikit bacanya sambil kiblat fikrahnya menerawang kembali ke bilik darjah kerdil sekolah tua di kampung Boyan. Di situ ada Saad, Jamhuri dan Katimin. Termasuk sekali dalam babak itu adalah ustaz Hadi yang kebetulan baru dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan.
Oksigen tahun 1976 ternyata lebih segar dan nyaman kalau hendak dibandingkan dengan udara kotor sekarang. Saad waktu itu ketua dalam geng komplot mereka bertiga seperti hari-hari biasa dengan seluar biru pekat sekolah rendah yang dipotong bell bottom di kedai amoi kampung Seberang berkayuh basikal tua bapanya ke sekolah. Sudah menjadi kelaziman anak muda berumur 12 tahun ketika itu menyisir rambut ke tepi sambil baju sekolah putih dibiar keluar.Sepanjang jalan ke sekolah, Saad tersenyum memandang awan dengan tangannya rajin melambai tiap teman sedarjahnya satu persatu yang berjalan kaki.
Sampai di pintu pagar sekolah, ada satu susuk tubuh yang belum pernah beliau nampak. Tinggi, hitam, berjambang penuh dengan kopiah putih dan yang paling ditakuti setiap pelajar sekolah rendah masa itu..sebatang rotan berbalut selotep di hujung.
"Ada orang baru" getus hatinya. Saad buat macam biasa memperlahankan kayuhan saat sampai depan pagar sekolah dengan harapan tidak ditahan oleh 'orang baru' itu.
"Awak yang pakai beg silang warna hijau. Berhenti."ujar orang baru itu kepada Saad.
"Mari sini!" katanya dengan nada sedikit keras. Saad yang tadinya selamba tiba-tiba hilang punca. Status beliau sebagai pengemudi budak nakal darjah enam bakal tergugat sebentar lagi. Mukanya jadi merah padam apabila budak-budak perempuan tahap 1 yang kebetulan lalu di situ melihatnya diceramah oleh 'orang baru' itu.
"Spapp!!Spapp!!Spapp!!" tiga pukulan rotan hinggap tepat di bahu kirinya.
"Esok saya tak nak tengok lagi baju awak ni keluar..mesti masuk dalam seluar. Awak faham?!"tambah 'orang baru' itu lagi.
"Ya hanana..ya hanana..ya hanana..ya hananaa.." nada dering qasidah popular masa kini memenuhi ruang sudut tempat Saad berbaring langsung mengejutkannya dari mati sementara.
Dengan mata terkebil-kebil, dia merajinkan tangannya mencari telefon bimbitnya yang tersorok dalam bucu kantung seluarnya. Sambil lagu Ya hanana semakin rancak bunyinya, matanya melihat pada skrin telefon yang memaparkan sebuah nama yang tidak asing dalam kotak mindanya.
"Jamhuri rupanya.." bisik hatinya sambil menekan butang hijau isyarat bersedia menyambung talian.
"Assalamualaikum pok!" suara garau Jamhuri pantas mengisi gegendang telinganya
"Ya Jam, waalaikum salam, lama tak dengar berita kau"
"Kau dekat mana sekarang?" sambung Jam diselangi suara talian yang kian mendikit mahu putus.
"Aku dekat.." belum sempat menghabiskan ayatnya..suara Jam terus lenyap ditelan senyap.

- 10/30/2014 08:57:00 PM
- 0 Comments
Terbang bersama angin
melinang bersama air dikawani kabut-kabut
ditemani bukit-bukit menepas berjiwa karam tak bersuara
Yang berteriak adalah semangatmu
menderu bersama angin
menerjal bersama gunung
Biarkan keteduhan ini memancar deras
memberikan takjub pada tiap mata yang tajam
tertebar dalam bentang danau tenang
saat nafasmu berhembus di Ranu Kumbolo
Sang danau impian

- 10/29/2014 12:39:00 AM
- 0 Comments
Dikepala tahun
berkawan dengan penggesek melodi
juga pengukir garis-garis cerita
dalam intuisi mimpi
yang hitam sarat penuh jelaga.
Melodi menukil citra cita jadi cinta
garis cerita yang bergelut dengan tempoh pinjam yang kian mengecut
diragut jerut manisnya goda hawa dunia
mimpi yang menjauh dalam kolaborasi imaginasi dengan suara halus bisik sil khannas mendodoi lagu indah
melantun pulang tiap kata
menyingkap tiap dosa
merungkai segala rahsia terang bahkan nyata.
Pada ekornya yang 365
penggesek sudah pulang pada yang Empunya
garis sudah beransur padam mengilang dalam pudar
mimpi sudah malas hinggap pada akar cakaran akal bergelora
hari sudah jingga menghampir ufuk usia.
Dipucuk hijau muda lembar daun tahun baharu ini
moga dikecap tiap impi
moga diterima tiap usaha
dicapai tiap cita
selamanya dalam barakah inayahnya Dia
Salam tukar tahun
empat belas tiga puluh enam hijri
Kota Samarahan
241014

- 10/26/2014 05:49:00 PM
- 0 Comments
Biru..itu warna langit yang memenuhi ruang tingkap bujur syarikat penerbangan tambang murah nombor satu tanah air yang bakal memanjangkan langkah kecil aku ke kota kebanggaan baik marhaen juga konglomerat pemegang perusahaan besar bandar metro yang jalanannya berhias neon terang melingkari tiap jaringan lebuhraya, kota penuh angan-angan, kota impian juga segala jenis kota yang boleh aku sebut.
"Cabin crew please be seated for landing" kedengaran suara sang juruterbang ringkad membuatkan hati aku semakin giat meloncat-loncat mahu lekas sampai ke tanah meski sepanjang di awangan tadi otak ku gemar memainkan imej-imej juga bayangan-bayangan kejadian yang menimpa 2 burung besi merah nila warisan negara.

- 9/05/2014 05:52:00 PM
- 0 Comments
DHUHA
Kabus pagi gemuruh
menutup muka alam usai subuh
menenggelam si gagah serapi dalam kelam
saat kunci mulanya rezeki
kenapa masih dilempar pada empuknya tilam nikmat
Damai bumi menyambut salam mentari
senyum mengharum suluh tiap ceruk ufuk syurga duniawi
yang membias dalam hingga dasar lubuk sukma
terselit pada hujan pagi
warna pelangi
Tiba dia menggugah warga gubuk tua hujung kota
dari buaian mimpi
dakapan bintang-bintang khayal
mainan kotak akal
menuju limpahan rezeki
yang dijanji
Taman Kopodims Matang
13 Ramadhan 1435

- 7/10/2014 06:03:00 PM
- 0 Comments
PESAN MUSAFIR TIBA
(Khusus buat arjuna putera Hamizan)
Selamat tiba pendatang baharu
ketahuilah di hadapanmu celaru
di belakangmu keliru
pada kananmu resah
pada kirimu gundah gelisah
di atasmu batu yang siap menghempap kebijaksanaanmu
di bawahmu lubang binasa yang sentiasa terbuka menanti saat kedangkalanmu
Sebelum tatih pertamamu melangkah
sebelum terbit patah kata lisanmu menyebut
sebelum segenap ruang kau teroka dengan pancainderamu yang kerdil
dengar ini pesan pujangga
Selagi padamu iman padu pada yang Maha satu
Selama kau patuh pada sunnah tuntunan rasulmu
Selagi syahadah dalam aliran darah
inshaAllah terhidang buatmu hidangan
berupa jalan lurus menghirup nikmatnya jannah
hadiahnya khusus untukmu
musafir tiba
7 Jun 2014

- 6/09/2014 12:50:00 AM
- 0 Comments
BERDIRI
Hari ini aku berdiri
di atas sekeping papan daya
melihat jauh ke dalam kabus keliru
berbekal sekeping nota buruk
renyuk teruk lebih remuk lipatannya olahan masa
terpendam di dasar dompet kasih kurniaan teristimewa
Hari ini aku berdiri gah
atas timbunan janji
yang bertabur di lantai mimpi-mimpi indah
zaman sekolah
Hari ini aku bercerita
pada dinding putih tatpan dunia
bertopeng nama sendiri
tentang kisahku
masa silamku
Hari ini aku berdiri seorang diri
di hadapan khalayak rasionalis
jemaah ideologis
mendendangkan lagu setia
ku tulis buatmu
Ratnaku
Batu 2
010414

- 4/06/2014 09:38:00 PM
- 0 Comments
Catur spekulasi
Rentas ruang waktu
batas budaya warna bangsa
hilang belum bertemu
burung besi merah nila
penerbangan Malaysia
Fikrah tumpah meruah
atas kertas kerjasama
ikat rantai utuh
jejak kelibat hujung sayap
atas atlas hamparan Dia
Sudah banyak hari
ratus juta spekulasi
catur semakin gila
sampai bila?
10 Mac 2014
Telaga Air
Rentas ruang waktu
batas budaya warna bangsa
hilang belum bertemu
burung besi merah nila
penerbangan Malaysia
Fikrah tumpah meruah
atas kertas kerjasama
ikat rantai utuh
jejak kelibat hujung sayap
atas atlas hamparan Dia
Sudah banyak hari
ratus juta spekulasi
catur semakin gila
sampai bila?
10 Mac 2014
Telaga Air
- 3/20/2014 09:01:00 PM
- 0 Comments
Percuma
Mewah tanpa masalah
jauh dari neraka kapitalis
tenang dalam gelora naik turun hidup
Percuma..
ambil sahaja ikut mahu
di ladang laut biru
kurniaan tuhanmu
Kpg Goebilt
190314
Mewah tanpa masalah
jauh dari neraka kapitalis
tenang dalam gelora naik turun hidup
Percuma..
ambil sahaja ikut mahu
di ladang laut biru
kurniaan tuhanmu
Kpg Goebilt
190314
- 3/20/2014 08:46:00 PM
- 0 Comments