­
­

di penghujung sebuah permulaan

Bahang mentari yang tegak di rembang kepala mendesak nadi berdetak pantas menghantar titik peluh meluncur laju lelehnya seluruh tubuh. Meski dingin suhu kota seribu menara ini pada satu angka kecil menghampir nol, nyata belum cukup menghalang eccrine dan apocrine dari kerajinannya menghasilkan keringat. Masuk hari ke 16 Hazran berada 8,868 kilometer dari tanah lahirnya. Bahang mentari yang tegak di rembang kepala mendesak nadi...

Continue Reading

satu soalan

Fatamorgana yang zahir pada asfal hitam turapan jalan hasil pancaran terik suria memaksa butir-butir peluh berkejaran menurun dahi membasahi segenap baju kemeja petak kelabu, satu-satunya kemeja terbaik kepunyaan Said dari koleksi pakaian yang semuanya dari kedai-kedai lusuh dan juga tinggalan rakan-rakannya yang pulang ke tanah asal. Tidak mudah baginya untuk mendapat peluang seperti hari ini. Setelah tiga bulan berkelana di negeri ini, akhirnya...

Continue Reading

KENAPA?

Saya mahu bercakap dengan awak Tapi saya tak boleh Kenapa? Sebab tak boleh.. Kenapa? Saya tak tahu.. Memang tak boleh.. Banyak yang ingin saya ceritakan Tentang awan dan hujan Tentang senja dan burung jarah Tentang hari ini, esok dan juga semalam Semalam yang meriah warnanya Kenapa? Kenapa saya tak boleh bercakap dengan awak? Sebab masa bercakap kita sudah tamat Dan semua sekarang hanya...

Continue Reading

Semoga bahagia

Dari kata yang bersatu menjadi prosa bercampur idea, emosi rasa merangkum ilham tercantum lalu diabadikan sebagai warkah-warkah tulisan adalah punca dari galang sebab kenapa aku dipertemukan dengan engkau. Dan dari tulisan itu bersekali kita rangkum dengan rima aksara yang gemanya gemersik beralun sama rentaknya dengan nadi yang bagai dentum guruh gemuruh jedanya pantas memeras fikrah berfikir waras mengajar tingkah..menurut batas.. Kita berlagu dalam...

Continue Reading

musim

Macam musim beredar yang empat, panas, sejuk, bunga dan luruh, juga sama dengan musim buah yang bersaling ganti durian rambutan, duku langsat, manggis dan mangga, fenomena ini turut tidak lekang menyirami kawasan belah sini. Ya di tempat jarang sekali manusia mahu berkumpul berkomplot, berdua berskandal baik sendiri beruzlah. Usai sekumpulan lelaki dari beberapa tempat tinggi mendongak mencongak garis-garis ufuk mencari apa yang kawan-kawan...

Continue Reading

raya satu empat tiga tujuh hijri

raya adalah masa sanak saudara berhimpun.. atau dalam bahasa marhaen macam aku 'gathering'..orang melayu atau mereka yang sinonim hidup sebaris dengan bangsa ini lazim disebut dalam cakap-cakap orang lama..kalau dah berhimpun..bukan melayu kalau tidak mengumpat..untuk bangsa lain aku tak mahu sebut bimbang kelak dilabel rasis.. seperti juga bangsa-bangsa lain dalam dunia..aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan tanpa mengira waktu dengan sebab yang beraneka..lepak lepas...

Continue Reading

Bas

Kata ayah..hidup ni macam bas..bas yang akan singgah di banyak perhentian..kemudian bas tu akan balik semula ke stesennya.. Ya benar..bas bila berhenti di sebuah  perhentian..sudah tentu ramai penumpang yang bakal turun dan pasti ada juga yang bakal naik..setiap dari perhentian tu samalah macam apa yang kau alami dalam hari-hari kau... Dan pengakhirannya kata ayah..setelah semua penumpang sampai ke destinasi dituju..bas akan pulang ke...

Continue Reading

Kuala Lumpur II

Semalam Kota megah itu punah Disapu angin musnah Yang mengendarai deras sungai Mencari denai yang lama ditakak luncai Semalam Geliga zihin pintar Ditertawa ribut berputar Dekah derai sang kartel bursa Mati dengan gugur pohon-pohon kayu pada jalur rel gerabak komersial sentaknya sedak Anak-anak kita lama memaki tuhan Kini rasakan tempelakan Dia Soldadu dari roh alam Bersatu membunuh bongkak Manusia kokak! 040616 B3A2 ...

Continue Reading

lembut

Menonton teater alam pelakonnya bapok bakatnya lapok suara serak batuk-batuk Garap tari sumbang langkah derai bersepai longlai Katanya gemalai Dampaknya terburai Bersepai pada lantai budaya Melayu kita 2015 ...

Continue Reading

Allahafiz!

Bergegar tangan Akash sambil matanya tajam memerhati meja nombor 34. Langkahnya disusun penuh berhati-hati menghampiri meja panjang tersebut. Lain benar baginya perasaan hari pertama bekerja di negara ini. Rakyatnya gemar keluar bersukan di malam hari. Rata-rata yang hadir ke tempat ini sejak dari jam 8.30 tadi kebanyakannya kumpulan-kumpulan anak muda yang datang pelbagai gaya. Selain dua tiga pasangan yang mungkin sedang belajar bercinta,...

Continue Reading

Kapal Duka

Masuk ke dalam perut kapal dasarnya lobang lompang nakhodanya budak jegil matanya dia meneriak dasar kanak-kanak! Dilantiknya kelasi tukang cuci pemikul sauh pembaca peta jurumudi dan nakhoda itu semua dia. kapal harapan layarnya impian lebar dari kayu jati Jawa pasak teguh dari damar utuh Sulawesi jaringan temali sahabat yang mereput digigit hawa kering perit. Dipukul angin prasangka perut kapal menggesek dasar karang curiga...

Continue Reading

1 April

Menyelak pintu April seperti membuka tirai-tirai baharu dalam kembara hayat aku. Dan tiap dari nafas yang berdenyut lewat-lewat ini seperti lebih laju dari sebelumnya. Nyata perjalanan menaiki kapal MV Roslain telah mendewasakan. Sepuluh bulan lamanya aku di atas kapal itu, aku banyak mengerti tentang bahasa yang dituturkan angin, bermesra dengan olengan ombak yang menggeletek buritan lancang berkuasa diesel ini, juga tahu tentang garisan...

Continue Reading

Sang Pemberani II (titipan buat wira tidak dijulang)

Sang Pemberani Menerjah garang tuju bahang Berperang lidah api menjulang Dengan baju berani Membunuh derita dari pintu punca Jalinan haba sulaman jelaga Meningkah maut Bersahabat marabahaya Dia menerpa Bertarung samar Di pusar belukar Di mercu Kinabalu Di perut Rejang yang kelabu Jasad biasa nadinya doa Jiwa tekal talinya tawakal Menongkah medan mehnah Dengan tali usaha Simpulan percaya Garapan harap jelata Dan tiap satu...

Continue Reading

sebuah kotak dan permulaan sebuah hari yang datar

pagi hari ini adalah sebagaimana hari yang sebelumnya bagi Adruce. Cuma satu yang menjadi beza adalah sebuah kotak. sebuah kotak putih. sebuah kotak putih yang dibalut sedih. isinya pedih dari bilah-bilah cerita yang satu ketika pernah menjadi tangkai-tangkai yang padanya terbit daunan ilham juga citra. kenangan. dan kotak itu dia tutup kembali. lalu Adruce meneruskan harinya dengan rasa datar yang melatari sanubari. Kotak...

Continue Reading

aku mahu pulang

12 hari yang panjang..penuh bimbang..isinya gusar..gementar..namun di akhirnya kita jumpa...diri kita.. Outward Bound School (OBS) Kinarut Aku Mahu Pulang Aku mahu pulang segera dari senja kebingungan pergi dari pagi intuisi lari dari jerangkap identiti Aku mahu pulang ke teduhan keluarga rimbunan mesra teman-temanku juga pada kamu yang berlagu rindu di perut kota Aku mahu pulang kepada ketamadunan jauh dari gelapnya sukar selamat dari...

Continue Reading

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images