­
­

Omar

"Awak semua adalah sampah yang kami kutip untuk jadikan awak semua ni berguna" "sedar sikit dari mana kamu semua datang!" pantas telinga Omar menangkap pisau-pisau kata yang menikam tajam menusuk rusuk dari tulang temulang kurus anak kampung kudus naif yang tidak mengerti hidup dalam jerat kota fulus. Malam itu Omar menghabiskan separuh dari waktu tidurnya memandang luar tingkap lourves terus ke hamparan langit...

Continue Reading

omar?

perang dengan soldadu jerebu dari republik seberang masih belum sampai ke titik hujungya. Di sebelah kita, ramai sudah mulai merasa bahananya. Bibit-bibit penyakit kronik seperti paru-paru basah, tuberculosis, lemah jantung juga sawan babi mulai menyelinap ke dalam kubu tubuh yang terpagar dari antibodi yang berkawal. Bukan lagi haruman kenanga yang masuk mula-mula ke dalam rongga saat jendela pagi-pagi kita buka. Tetapi monoksida, karbon...

Continue Reading

silap

"Silap.. kenapa mesti diulang silap yang sudah sedang kau sedia mengerti bakal hadir musibah?kerana batas-batas manusiawi yang kau lampaui ini kelak menjadi tali dari temali yang menjerut kau menghilangkan nafas...direnggut nadi kau dengan keras sedang kau punya pilihan?!" "aku pasti ini pilihan yang cocok..aku tidak lagi mampu untuk mati kedua kali. Mati dalam laut retrospeksi...teriak dalam cermin dampak..wajah kamu..dia..mereka dan kalian..yang mewarnai detik...

Continue Reading

garis

Dalam ruang dari garis yang memotong lebih tajam daripada keris kita terangkum kagum dengan usaha pimpinan ulung sedang kita semakin mara ke hujung garis satu lagi yang bakal menggulung anak-anak kita ke dalam saku kerdil kecil di balik dinding-dinding bangsa pagar-pagar benci bermangga soldadu padu yang dahulu, anak-anakmu. Kalau hari ini garis itu tidak di sini kalau semalam garis itu kita padam kalau...

Continue Reading

cuti

tidak ada yang paling indah kalau bukan saat-saat bersama mereka yang selayaknya dan selamanya mencintai juga menyayangi diri kau...bahkan mereka ini cintanya terhadapa kau tidak akan pernah luak walau seinci meski kau dipukul ribut tahun-tahun yang menjulang atau kau digulung taufan masa...dihati mereka..kau tetap kau,.sebahagian dari mereka.. turun dari pesawat 'sekarang semua orang boleh terbang'..aku disambut selimut asap..bandara kuching seperti hilang separuh dimakan...

Continue Reading

Rummit

"14 orang termasuk seorang pegawai kanan kerajaan merupakan salah seorang mangsa insiden penculikan di Kubang Rimau dekat pelabuhan Moxie pagi ini tadi. Sepasukan polis dari unit anti keganasan, D-7 dan K-9 turut digegaskan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan." suara kotak 14 inci itu mulai tenggelam dengan cakap-cakap manusia dan pekikan kaca-kaca seramik dengan meja dari kayu Nyatuh yang saling berlaga. Sudah dekat...

Continue Reading

17-181210 Journey to Shibin El-Kom, Egypt

i had written this in 2010..some 5 years ago...but never been posted yet..so enjoy the pics ya! Shibin El-Kom...my brother's place... (me...5 years younger) ...

Continue Reading

TEMASEK #2

dulu aku pernah bercerita tentang temasek.. kau klik di sini TEMASEK..berangan merupakan satu benda yang selalu aku buat saat otak belum produktif dan kekadang acap kali juga perbuatan ini aku lakukan tanpa sedar detik kemasukan lembaga yang sinonim dengan mikrofon dan juga ruang yang sejuk sambil pada tangannya alat tulis yang menerbitkan ilmu lalu dicakar pada paparan putih..orang di negara yang menggunakan matawang pengawal...

Continue Reading

lolongan mimpi

aku sudah agak lama tidak menggunakan otak kanan aku yang sedia kecil ini dalam memuntahkan fikrah pada alam penulisan... jadi pada hari puluhan ribu warga turun ke jalan raya tahun ini aku hadiahkan pada wajah hitam blog ini sebuah tulisan yang aku peram hampir seminggu...hasilnya.. LOLONGAN MIMPI Kantuk semalam telah membuka pintu mimpi yang sarat terisi awan berat intuisi cerita mundur maju sebuah...

Continue Reading

kurang 2

3 bulan kalau kebiasaan orang bertani menanam jagung adalah tempoh bila bunga mulai mekar dan berkembang untuk menuju saat menjadi buah kuning emas yang ranum. 3 bulan kalau dalam fasiliti 'latihan' pula boleh merubah banyak benda...juga tidak kurang mengekalkan sesuatu pada kondisi asalnya yang sedia jumud bahkan lebih teruk dari awalannya. Berperang dengan modul memerlukan otak bekerja dua tiga bahkan berkali-kali lebih keras..memaksa...

Continue Reading

10 bulan kemudian pamitan

10 bulan..itu ja masa yang aku ada bersama kau, dia mereka dan kalian..dan usai 10 bulan ini akan sampai saat pamitan..tak lama..tapi kekal... Saat Pamitan Aku sekadar tamu yang singgah di teratakmu meredakan lelah dalam kembara panjang yang tak terlelah ada kalanya aku seakan-akan kehilangan arah. Sampai kini saat pamitan kerana kembara perlu kuteruskan meredah mujur di gurun tanpa garisan berbekalkan tawakal mengharapkan...

Read More...

kaya dan gaya

kaya adalah nikmat..yang tak semua orang dapat.. kaya adalah kurniaan..dari leluhur yang kaya raya.. kaya adalah ujian..yang bakal mengutuk kau sekeji-kejinya kelak di hari kiamat kalau kau lupa ya lupa pada hakikat hinanya kau sebelum kaya datang menjengah hidup kau.. orang kaya sudah tentu ada gaya..memang..aku selalu nampak manusia spesies ni..ini adalah golongan kebanyakan..lelaki metro berjalan segak dengan rambut pacak kadang-kadang ada jugak...

Continue Reading

pelepasan dan juga survival

"Nama saya arbi. kadang-kadang orang panggil saya berq. tapi saya rasa saya lebih sesuai dipanggil Lego disebabkan struktur muka saya yang unik berkotak. sangat lain. sangat rare. saya yakin, saya memang manusia bermuka kotak yang sesuai dipanggil Lego Sekian, Lego" Yang di atas adalah tulisan manusia yang aku tak paham kenapa dia nak juga tulis macamtu..takpa..sebagai anggota masyarakat yang berdisiplin dan menghargai semangat...

Continue Reading

raya keempat

raya keempat kita sudah mulai sekolah..semalam ramai pulang dari kampung halaman permai damai ke tempat turun renyai hujan sedih. walau tak ada raya kedua...ketiga juga keempat...raya masih tetap juga raya..meriahnya pudar dalam hambar melawan hari beredar.. ...

Continue Reading

raya pertama (a summary)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. ahh..klise la... Salam Lebaran!!..dah macam negara garuda pulak bunyinye.. Eid Mubarak..taqabbalallahu minna wa minkum!..dia cakap arab da.. macam mana pun kau ucap...fesyen mana pun kau guna..maksud dia tetap satu..nak bagitau betapa eksaited nya kau tentang hari raya..kenapa sebut hari raya?raya kalau kau teliti..maksud dia besar..tak caya?cuba kau cari perkataan lain yang di ekor dengan word raya...pasar raya..balai raya..hantu raya..banyak...

Continue Reading

malam raya

takbir yang mula-mula waktu tu aku sedang menghabiskan sisa-sisa air oren yang sedang galak berkocak di antara lidah dan lelangit..ya aku bakal tiba pada hari gembira..gembirakah hari gembira tahun ni? Di bangi melayunya mesra dan peramah..serupa komuniti kampung melayu awal 90an..takbir sulung kami sambut di  al-amirin, satu surau kerdil yang letaknya sedikit tersorok di lipatan lorong yang bergulung dalam perut bandar baru bangi..bahana...

Continue Reading

di pintu keluar Ramadan

menjelang detik-detik akhir Ramadan..aku nampak wajah jam yang bulat itu perlahan-lahan menghampir tujuh tiga puluh..sikit masa lagi untuk Ramadan pergi...ya sekarang aku, kau dia, mereka dan kalian bakal berpisah dengan kekasih yang mungkin tidak lagi kita jumpa tahun depan. Ramadan tahun ni sedikit lain kalau dibanding degan tahun-tahun sudah..lama jugakla aku tak masuk dalam scene environment 'blaja' macam ni..bersekali dengan dua ratu tujuh...

Continue Reading

aku dan angka lima puluh empat

setiap dari yang bernafas atas alam ini selalu ada ikatan utuh dengan sesuatu yang biasa orang cerdik pandai sebut nombor..nombor kalau dengan bangsa berniaga sudah tak dapat dipisah..setiap kali penguasa jalanraya mengisytihar pergerakan digit pada papan-papan hitam jentera, nescaya kaum ini lah menjadi yang ulung menerkam digit lapan..lapan puluh lapan dan lapan ratus lapan puluh lapan sampailah lapan ribu lapan ratus lapan puluh...

Continue Reading

TETAMU SENJA

TETAMU SENJA (A.Samad Said) Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan  Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan Bila kita lihat...

Read More...

Tangguk Rahmat

TANGGUK RAHMAT Pagi bising di celahan tubir kelabu pagi bandar raya di bawah langit runsing mendendang kisah warga dari kamus peradaban manusia yang mendesah dalam kabut yang bertarung dalam ribut yang bertentang kusut di syurga serabut bergelut dihimpit rumit dililit sulit perit demi rezeki sekelumit bina hidup dari kertas-kertas duit yang mendikit. Susuk renta berdiri ketar bersenjata semutar pelikat lusuh lilit pinggang rapi...

Continue Reading

bercakap dengan dinding kelabu

"Panggilan terakhir untuk penumpang Adam Mikhail bin Kamel, sila ke balai pelepasan pintu 4 untuk pelepasan segera". Omongan manusia sedikit perlahan saat telinga-telinga pantas cuba menangkap bait-bait nama yang disebut berulang-ulang kali dari tadi. Sudah 5.40 pagi. Luar dari kebiasaan hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu setelah 5 bulan keputusan temu duga itu disebarluas, Adam lebih bingkas dari norma seorang lelaki yang ghalibnya...

Continue Reading

OMG its in August?!

cakap omputeh time!!! i'm currently inserting the very last munch of peanut butter & chocolate waffle inside my mouth when reading a status on facebook...among stated are..our DPA course is scheduled in August..wahh...after raya meh??i'm wondering attending the course with a big fat tummy...oh no!! 6 months to go..meaning that i got another 6 month to get fit both mentally and physically..huk aloh!...

Continue Reading

journey to Sibu..Colour Rush Run 3.0

#sibu 6 sampai 8 haribulan aku pergi tempat ramai orang cina..Sibu. ini bukan tulisan yang berbau rasis tapi inilah hakikat.. Sibu ni aku kira macam Hong Kong kalau dekat Sarawak.. banyak benda jadi dekat sibu 2 hari ni boleh aku sebut ini wiken yang cukup best..walaupun ada jugak satu dua insiden yang tak best.. yang penting..aku kena simpan dan tanam dalam-dalam apa orang...

Continue Reading

Rakit Rasa

Rakit Rasa Sudah nampak terang daratan rakit usang tidak kau pedulikan cukup sekadar susunan kayu setia dungu tanpa paku syak wasangka disimpul ikatan kukuh percaya cantum kayu biar utuh tidak pecah berpisah saat badai payah membelah saat pusar gelombang duga kita redah menongkah resah kita tetap satu kau dan aku. Sampai saat kau lihat gunung biru pantai putih dibawah garis langit kelabu rakit...

Continue Reading

Di Aspal Kenangan

Di Aspal Kenangan Di aspal jalanan aku perhatikan satu persatu kenangan yang bertaburan menjadikan tiap saat aku lewat di atasnya tiada lain melainkan sesal kesal. Yang menjadikan langit biru kelabu yang membakar tiap pucuk hijau harap pada tangkai usia mengering keriting. Sesal kesal yang lahap membaham mentari riang terang padam kabus malam mengilang menyisakan jiwa kosong dalam kelongsong jasad yang terperangkap abadi dalam...

Continue Reading

Meja

rintik hujan yang masih mendatar belum menunjukkan sebarang tanda mahu berhenti. Mak dari tadi masih asyik dengan pisau dan bawang di dapur. Sambil aku dengar suara kuali rancak menyanyi melebarkan aroma kasih sayang seorang kakak dalam masakan yang bakal dihidang sekejap lagi. Aku rasa mungkin kali ini kakak buat ikan masak kicap barangkali. Dalam bingit campuran bunyi aku sempat menjeling adik yang ralit...

Continue Reading

2014

dua ribu empat belas yang sudah lepas. jadi depan aku sekarang ada dua ribu lima belas. dua ribu empat belas adalah tahun menunaikan hasrat. memberikan sebanyak kenangan indah, menguntumkan seberapa banyak bunga senyum juga memberikan kegembiraan pada hati. dua ribu empat belas dengan teman-teman dua ribu tiga belas juga abangnya yang tua dua ribu dua belas. ya tiga beradik yang kita  di dalamnya...

Continue Reading

Wikipedia

Search results

Like us on Facebook

Flickr Images